fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Kaunter Tenaga Susut

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Kaunter Tenaga Susut
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan kaunter-kaunter tenaga susut selepas mencatatkan kenaikan kukuh pada sesi dagangan awal.

Pada pukul 5 petang, Indeks Tenaga turun 0.99 peratus dengan sejumlah 1.63 bilion saham diniagakan.

Indeks Penjagaan Kesihatan pula menyaksikan momentum positif sepanjang hari, disokong oleh kenaikan kukuh harga-harga saham farmaseutikal manakala kaunter pengeluar sarung tangan susut.

Indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 8.95 mata kepada 1,586.98 berbanding 1,595.93 ketika ditutup semalam.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 557 berbalas 510 manakala 403 tidak berubah, 510 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 9.37 bilion saham bernilai RM4.89 bilion.

Seorang penganalisis berkata dengan keyakinan terhadap vaksin semakin meningkat, saham-saham farmaseutikal dijangka menyaksikan lonjakan sementara kaunter tenaga merosot ekoran penurunan dalam harga minyak semalaman.

“Kaunter tenaga dikenali sebagai ekuiti “dagangan pantas” yang mana para pelabur membuat keputusan untuk melabur ataupun keluar dari pasaran dalam waktu yang singkat kerana persekitaran yang tidak menentu,” kata beliau.

Ditanya sama ada susutnya saham pengeluar sarung tangan menandakan berakhirnya pergerakan rancak kaunter-kaunter ini, beliau berkata penurunan itu disebabkan terutamanya oleh kegiatan pengambilan untung memandangkan kaunter-kaunter ini telah menyaksikan lonjakan luar biasa sejak lima bulan lepas.

“Malaysia masih kekal sebagai pembekal sarung tangan terbesar dunia dan meskipun keyakinan mengenai vaksin kian meningkat, permintaan untuk sarung tangan masih lagi tinggi kerana peningkatan penggunaan di semua sektor,” kata beliau.

Sementara itu, beliau berkata FBM KLCI akan terus berhadapan kesukaran mencecah paras halangan 1,600 kerana kekurangan pemangkin domestik untuk membantu melonjakkan pasaran.

Untuk prestasi saham, Hartalega susut 62 sen kepada RM17.38, Top Glove jatuh 24 sen kepada RM24.70, IHH turun tujuh sen kepada RM5.39, Dialog merosot empat sen kepada RM3.76 dan Petronas Gas rugi 22 sen kepada RM16.08 seiring dengan kejatuhan di kaunter-kaunter tenaga.

Dalam kalangan saham paling untung, Pharmaniaga kekal di tempat pertama dengan meningkat RM1.05 kepada RM4.55 sementara Duopharma menokok 68 sen kepada RM2.96, Kotra menambah 82 sen kepada RM3.57 dan Apex melonjak 91 sen kepada RM3.97. 

Saham-saham paling cergas, Sapura Energy kekal pada 10 sen sementara syarikat minyak dan gas berpangkalan di Sarawak, Ocean Vantage, mengukuh 27 sen kepada 53 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 42.46 mata kepada 11,260.29, Indeks FBMT 100 merosot 50.23 mata kepada 11,100.68 dan Indeks FBM Emas Shariah 0.03 mata lebih rendah kepada 13,061.54.

Indeks FBM 70 pula turun 14.97 mata kepada 14,157.08 dan FBM ACE naik 51.91 mata kepada 7,674.04.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan lega 52.56 mata kepada 13,434.71, Indeks Perladangan mengukuh 57.40 mata kepada 7,032.39 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.81 mata kepada 139.87.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 5.61 bilion saham bernilai RM3.94 bilion daripada 5.01 bilion saham bernilai RM4.46 bilion semalam.

Manakala jumlah dagangan waran merosot kepada 544.67 juta unit bernilai RM176.49 juta daripada 669.08 juta unit bernilai RM275.37 sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Ace pula susut kepada 3.21 bilion saham bernilai RM770.20 juta daripada 3.66 bilion saham bernilai RM650.10 juta semalam.

Produk pengguna dan perkhidmatan menguasai 607.01 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.16 bilion), pembinaan (201.65 juta), teknologi  (453.35 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (49.28 juta), hartanah (482.01 juta), perladangan (126.75 juta), REITs (8.64 juta), dana tertutup (67,000), tenaga (1.63 bilion), penjagaan kesihatan (241.72 juta), telekomunikasi dan media (59.23 juta), pengangkutan dan logistik (566.01 juta) dan utiliti (22.95 juta).

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

7 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

1 week ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In