fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Saham Perbankan Meningkat Berbanding Penurunan Semalam

in Market Update
A A
Saham Perbankan Meningkat Berbanding Penurunan Semalam
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) —  Saham perbankan yang mencatat peningkatan kukuh pada dagangan pagi mendorong indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 9.35 mata kepada 1,598.80 pada rehat tengah hari.

Semasa pembukaan, indeks dibuka 1.03 mata lebih rendah kepada 1,588.42. 

Public Bank naik 44 sen kepada RM18.08, CIMB Group menokok enam sen kepada RM3.59, Maybank meningkat lima sen kepada RM7.87, RHB menambah tiga sen kepada RM5.03 dan Hong leong Financial naik lapan sen kepada RM13.90.  

Kaunter-kaunter perbankan telah meningkatkan indeks sebanyak 6.17 mata.

Prestasi kukuh yang dicatatkan hari ini berbanding penurunan semalam, selepas berdepan tekanan akibat penurunan pasaran.

Secara keseluruhan, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 519 kepada 387 manakala 437 kaunter tidak berubah, 628 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5.45 bilion bernilai RM2.69 bilion.

Walaupun mencatat momentum positif, KLCI masih berdepan paras rintangan segera pada 1,600.

Bagi saham aktif,  Hubline, Lambo dan Priceworth masing-masing menokok setengah sen kepada 8.5 sen, lima sen dan tiga sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 54.29 mata kepada 11,308.97, Indeks FBMT 100 meningkat 51.46 mata kepada 11,164.16 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 42.33 mata kepada 13,107.55.

FBM 70 menokok 2.85 mata kepada 14,154.55 dan FBM ACE  tinggi 198.69 mata kepada 7,644.24.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 130.95 mata kepada 13,515.44, Indeks Perladangan turun 9.83 mata kepada 7,022.15 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah  0.54 mata kepada 138.79.

— BERNAMA

Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

15 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 days ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In