Perniagaan yang di jalankan
JHM Consolidation Berhad (JHM) adalah sebuat syarikat yang di senaraikan di Bursa Malaysia di bawah sektor teknologi (Technology Hardware & Equipment). JHM terlibat dalam semikonduktor, pembuatan dan pemasangan komponen produk elektronik.
Analisis Fundamental

JHM mempunyai 557.6 juta saham yang di apungkan dan market capital hari ini adalah bernilai RM 903.312 juta. Syarikat ini masih membuat keuntungan walaupun jumlah keuntungan semakin berkurangan disebabkan syarikat mengalami sedikit pengurangan pendapatan bagi segmen automotif.
Prestasi JHM bagi segmen automotif ini adalah berkait rapat dengan penjualan kenderaan di Amerika Utara yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Oleh itu JHM mula mempelbagaikan sektor dengan menambah pendapatan syarikat melalui perkhidmatan pemesinan dan sub-pemasangan aeroangkasa.
Walaupun keadaan ekonomi yang mencabar, segmen perindustrian di lihat masih kekal stabil.

Analisis Teknikal
Berdasarkan carta di atas, JHM Consolidation Berhad di lihat sedang berada di dalam fasa menaik (mark up).
Kini JHM sedang berlegar-legar dan membuat reversal. Adakah JHM bakal berjaya melepasi paras rintangan RM 1.78 di mana itu merupakan paras ketinggian yang tertinggi.
Saham kajian ini hanyalah kajian peribadi saya bagi tujuan pendidikan dan bukanlah saranan untuk menbeli ataupun menjual. Sebarang tindakan ataupun keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber rujukan:
- Penyata Kewangan Syarikat JHM Consolition Berhad
- Bursamktplc
- Malaysia StockBiz