fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Sektor Penjagaan Kesihatan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Sektor Penjagaan Kesihatan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh peningkatan yang kukuh dalam kebanyakan kaunter penjagaan kesihatan. 

Pada 5 petang, Indeks Healthcare naik 3.64 peratus dengan RM2.16 bilion saham diniagakan, didorong oleh prestasi Hartalega, IHH, Top Glove dan Pharmaniaga yang kukuh.

Pada penutup, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.48 mata kepada 1,595.93, daripada 1,589.45 semalam. 

Indeks dibuka rendah 1.03 mata kepada 1,588.42 dan berada antara 1,587.86 dan 1,601.81 sepanjang hari. 

Secara keseluruhan, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 634 berbanding 428 manakala 437 kaunter tidak berubah, 407 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 9.34 bilion saham bernilai RM5.38 bilion selepas mencatatkan 12.49 bilion saham bernilai RM6.64 bilion semalam.

Seorang penganalisis berkata walaupun momentum stabil secara menyeluruh hari ini dengan syarikat permodalan kecil dan sederhana mendapat tarikan, minat untuk mengambil risiko kekal berhati-hati. 

“Indeks penjagaan kesihatan Malaysia, terutamanya kaunter pengeluar sarung tangan, kini mendapat perhatian global berikutan permintaan yang meningkat disebabkan COVID-19.

“Sementara itu, syarikat permodalan kecil dan sederhana, terutamanya yang terlibat dalam sektor teknologi dan tenaga, terus mendapat perhatian dalam kalangan pelabur runcit,” katanya. 

Bagi FBM KLCI, katanya saham perbankan menunjukkan peningkatan yang kukuh hari ini, mengimbangi penurunan semalam. Bagaimanapun, indeks masih menghadapi kesukaran untuk melepasi paras halangan segera pada 1,600. 

Daripada komponen FBM KLCI, Hartalega naik 54 sen kepada RM18.00, IHH menambah 10 sen kepada RM5.46 dan Top Glove meningkat 12 sen kepada RM24.94. 

Dalam kalangan kaunter perbankan, Public Bank naik 34 sen kepada RM17.98, CIMB Group menokok enam sen kepada RM3.59 dan Maybank meningkat empat sen kepada RM7.86. 

Daripada kaunter paling untung, PharmaNiaga melonjak 73 sen kepada RM3.50 dan Duopharma naik 38 sen kepada RM2.28. 

Kaunter tenaga mendominasi senarai kaunter aktif hari ini dengan Sapura Energy naik satu sen kepada 10 sen dan Velesto menambah setengah sen kepada 15 sen.  

Indeks FBM Emas meningkat 48.07 mata kepada 11,302.75, Indeks FBMT 100 naik 38.21 mata kepada 11,150.91 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 36.60 mata kepada 13,101.82.

FBM 70 naik 20.36 mata kepada 14,172.06 dan FBM ACE menokok 176.58 mata kepada 7,622.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 102.77 mata kepada 13,487.27, Indeks Perladangan merosot 56.99 mata kepada 6,974.99 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.81 mata kepada 139.06.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 5.01 bilion saham bernilai RM4.46 bilion daripada 4.53 bilion unit bernilai RM5.29 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran, bagaimanapun, merosot kepada 669.08 juta unit bernilai RM275.37 juta daripada 946.17 juta unit bernilai RM501.74 juta semalam. 

Jumlah dagangan di Pasaran ACE hampir separuh kepada 3.66 bilion saham bernilai RM650.10 juta daripada 7.01 bilion saham bernilai RM848.90 juta sebelum ini. 

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 544.44 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.50 bilion), pembinaan (257.81 juta), teknologi (563.26 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (54.63 juta), hartanah (252.67 juta), perladangan (80.87 juta), REIT (67.09 juta), dana tertutup (85,000), tenaga (1.22 bilion), penjagaan kesihatan (190.02 juta), telekomunikasi dan media (87.46 juta), pengangkutan dan logistik (219.77 juta) dan utiliti (24.57 juta).

— BERNAMA

Share234ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In