Umum mengetahui setelah pandemik Coronavirus yang mendatangi seluruh makhluk bumi, industri yang paling menerima tempias dan terjejas teruk ialah industri berkaitan pelancongan yang selama ini banyak memayungi ekonomi negara kita termasuk banyak negara lain di seluruh dunia.
Untuk Malaysia, industri pelancongan di negara kita sendiri mengalami kerugian keseluruhan dalam sektor pelancongan mulai Januari hingga Februari 2020 adalah sebanyak RM3.37 billion akibat penularan coronavirus (COVID-19).
Pastinya, apabila kita bercakap tentang pelancongan, industri yang terkesan ialah industri penerbangan!
Sebagai syarikat tambang murah nombor satu dunia, kita tahu bahawa potensi bisnes AirAsia ini sebenarnya masih di peringkat permulaan.
“Now, everyone can fly.”
Pun begitu, persoalannya adakah sekarang ini, masanya untuk kita membeli saham AirAsia?
Ramai yang kata :
“Tengah diskaun ni.”
Masihkah tuan-puan ingat ketika prestasi semasa AirAsia diumumkan, kita mendapati penurunan keuntungan sebanyak 937% sehingga pada sesi pagi dagangan 9 Julai yang lalu, Bursa telah membekukan sebarang aktiviti jual beli saham AirAsia.
Namun, apabila sesi dagangan sebelah petang dibuka, saham AirAsia kembali diaktifkan untuk dagangan, kita melihat harganya jatuh ke bawah. Atau lebih dikenali dengan
“Gap Down”
Secara umumnya, Gap berlaku apabila harga membuat lonjakan ketara sama ada ke atas atau ke bawah mengikut bentuk trend semasa. Gap jenis ini yang paling banyak dilihat pada chart, berlaku semasa bull-market atau bear-market dan dicirikan oleh perubahan harga yang ketara ke arah trend semasa.

Saya Nak Beli Saham AirAsia
Masa yang sesuai untuk hajat di atas adalah apabila anda mulai membaca di dada-dada akhbar, vaksin telah ditemui dan industri penerbangan mulai galak beroperasi seperti biasa.
Maka, itulah masanya.
Jika sekarang, selagi berita tentang vaksin ini masih samar-samar dan belum ada kepastian. Sebaiknya, saham AirAsia kekal berada di dalam ‘watchlist’. Bukan tidak boleh membeli, tetapi risau kalau-kalau kita tidak sabar melihat portfolio kita tidak mendatangkan ROI yang menenangkan mata kita yang melihatnya.
Akhir kata, bertindaklah dengan melihat :
“Where the money flows”
Bukan bertindak mengikut apa yang kita fikirkan.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)