Sebagai pedagang, apabila kita membaca tajuk berita panas seperti di atas, akan ada beberapa intipati penting yang apabila kita fahami, hal ini adalah menjadi peluang untuk kita.
Atau dalam kata lain, jenama kegilaan ramai ini tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk membayar cukai.
Apa kesannya kepada pasaran saham Bursa Malaysia?
Besar kesannya, apabila sebarang hal yang terjadi kepada perniagaan Apple, kita tahu bahawa produk ini tidak berdiri dengan sendirinya.
Hal ini adalah disebabkan komponen-komponen dalaman seperti motherboard, cip-cip, speaker dan microphone yang menjadi komponen terpenting barangan Apple, dihasilkan dari Malaysia.
Jadi, kita perlu berbangga dengan produk antarabangsa yang dihasilkan di Malaysia.
Pun begitu, tahukah anda apakah syarikat yang berada di Bursa Malaysia dan terlibat secara langsung dengan perniagaan Apple?
Siapa Inari Amerton?
Inari Amertron Berhad adalah sebuah syarikat pemegangan pelaburan dengan anak syarikat milik penuh yang terlibat dalam industri perkhidmatan pembuatan OSAT & elektronik (EMS). Yang mana antara pelanggan mereka ialah Apple Inc, selain banyak lagi jenama antarabangsa yang lain.

Sementara itu, syarikat yang bertanggungjawab untuk menyediakan mesin-mesin kepada Inari Amerton ialah Mi Technovation BHD yang juga tersenarai di Bursa Malaysia.
Siapa Pula Mi Technovation BHD?
Bisnes utama mereka adalah berkaitan dengan reka bentuk, pengembangan, pembuatan dan penjualan mesin penyusun WLCSP dengan kemampuan pemeriksaan dan pengujian untuk industri semikonduktor. Mereka juga terlibat dalam penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal untuk mesin-mesin ini, serta penjualan alat ganti dan komponen yang berkaitan.

“Mesin kami dibangunkan secara dalaman dengan kemampuan dan kepakaran pasukan kejuruteraan pembangunan kami. Pengalaman dan kepakaran teknikal pasukan kami membolehkan Kumpulan kami mengembangkan produk yang memenuhi kehendak pelanggan tempatan dan antarabangsa”
Jadi, apakah signifikannya antara Apple Inc dengan Inari Amerton dan Mi Technovation BHD?
Kita dapat melihat kesinambungannya sebagai pedagang-pedagang apabila segala berita baik kepada jenama Apple Inc, secara tidak langsung syarikat yang berkait rapat dengannya juga akan mendapat tempias.
Sifirnya mudah, jika jualan produk Apple bertambah, sudah pasti jualan segala syarikat yang menjadi pembekal mereka juga bertambah dan keuntungan yang diperoleh syarikat meningkat. Ini bererti syarikat berada dalam kondisi terbaik.
Akhirnya, harga unit saham mereka juga akan meningkat seiring prestasi.
Menarik bukan apabila kita memahami dan mampu mengaitkan sentimen dengan pergerakan harga saham semasa?
Nah! Tunggu apa lagi?
Pergi tandakan chart masing-masing. Atau mungkin anda yang melepaskan peluang keemasan ini.
Selamat berjaya!
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)