• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, January 18, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Global

Top 5 Saham Sektor Kesihatan Paling Untung Di Wall Street Bagi Tahun 2020

by Hazim Rosman
13/01/2021
in Global
6 min read
Top 5 Saham Sektor Kesihatan Paling Untung Di Wall Street Bagi Tahun 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TwitterKongsi ke Telegram

Di Wall Street, terdapat beberapa indeks dagangan seperti S&P 500 dan Nasdaq yang sering dijadikan tanda aras pelabur seluruh dunia. Pada tahun 2020, indeks S&P 500 dan Nasdaq telah terkesan dengan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia.

Namun, pemulihan indeks ini sangat drastik sehingga berjaya membuat kenaikan tertinggi (All-Time High) dalam sejarah bagi kedua-dua indeks ini pada tahun 2020. Di antara penyumbang kepada peningkatan indeks ini adalah daripada saham-saham yang berada di dalam sektor kesihatan.

Mari kita lihat 5 daripada 10 saham patuh syariah paling untung untuk sektor kesihatan di Wall Street pada tahun 2020.

Berkaitan

Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Industri Paling Untung Di Wall Street Tahun 2020

Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Untung Di S&P 500 Tahun 2020

5 Catalyst Di Amerika Syarikat Untuk Diperhatikan Minggu Ini

1. Conversion Labs Inc (CVLB)

Conversion Labs Inc merupakan syarikat perubatan atas talian di Amerika Syarikat. Syarikat ini menawarkan rawatan perubatan secara maya dan juga nasihat preskripsi kepada pesakit. Syarikat ini juga mengeluarkan produknya sendiri seperti Rex MD, Shapiro MD, iNR Wellness dan lain-lain lagi.

Saham Conversion Labs Inc ini mula mendapat perhatian pelabur pada bulan Julai 2020 dan membuat kenaikan yang drastik sebelum harganya kembali jatuh ke paras support di sekitar USD4.50. Harga saham syarikat ini bermula dengan USD0.13 seunit pada permulaan tahun 2020 dan meningkat kepada USD6.53 seunit pada penghujung tahun 2020.

Kenaikan saham Conversion Labs Inc  ini adalah sebanyak 4,923.08% dalam masa setahun.

2. Novavax Inc (NVAX)

Novavax Inc adalah syarikat yang terlibat dalam pembuatan vaksin di peringkat klinikal. Syarikat ini fokus kepada penemuan, pengembangan dan mengkomersialkan vaksin dan penggabungan zarah nano. Syarikat ini juga terlibat dalam pembuatan vaksin untuk penyakit yang melibatkan masalah penafasan, penyakit berjangkit dan lain-lain lagi.

Saham Novavax ini mula mendapat perhatian pelabur ketika vaksin untuk wabak Covid-19 hangat diperkatakan. Saham ini berharga hanya sekitar USD4.49 pada 2 Januari 2020 dan telah meningkat sebanyak 2,383.52% pada tahun 2020 menjadi USD111.51 seunit.

3. Genprex Inc (GNPX)

Genprex Inc merupakan syarikat yang menjalankan ujian genetik secara klinikal. Syarikat ini tertumpu kepada pembangunan rawatan barah dengan teknologi terbaru dan juga rawatan immunogene. Syarikat ini menjalankan kajian dan mempunyai lesen daripada The University of Texas Mad Anderson Cancer Center (MD Anderson). Lesen ujian pra-klinikal terhadap gen yang mempunyai potensi merawat penyakit diabetes peringkat satu dan dua pula diperolehi daripada University Of Pittsburgh.

Saham syarikat Genprex Inc ini dipercayai menerima tempias daripada penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia pada tahun 2020. Harga saham ini pada 2 Januari 2020 adalah sekitar USD0.31 seunit dan meningkat sebanyak 1,237% menjadi USD4.15 seunit.

4. Co- Diagnostics Inc (CODX)

C0- Diagnostics Inc merupakan syarikat yang terlibat dalam pengembangan, pembuatan dan pemasaran teknologi diagnostik. Dengan teknologi yang dimiliki, syarikat ini mampu mengesan penyakit seperti Malaria, Denggi dan Hepatitis B dan C dan menjual teknologi tersebut kepada pelanggan mereka.

Harga saham bagi Co-Diagnostics bermula pada harga USD0.91 dan pernah merekodkan kenaikan tertinggi sehingga mencecah hampir USD32.00 seunit pada bulan Ogos 2020. Namun harga yang tinggi tersebut tidak bertahan lama dan pada 31 Disember 2020, harga saham syarikat ini adalah sekitar USD9.3 seunit.

Ini merupakan kenaikan sebanyak 921.98% untuk tempoh setahun.

5. Aspira Womens Health Inc (AWH)

Aspira Women’s Health Inc yang dulunya dikenali sebagai Vermilion Inc, merupakan syarikat yang terlibat dalam perniagaan mengembangkan dan pengkomersialan ujian diagnostik untuk penyakit keturunan. Syarikat ini juga menjual alat mengesan barah ovari seperti OVA1, Overa dan OVA1PLUS.

Selain daripada itu, banyak lagi produk daripada suarikat ini seperti ASPiRA DenetiX, OVA1PLUS dan lain-lain yang kebanyakannya berkaitan dengan kesihatan wanita.

Fasa pergerakan harga saham Aspira Women Health Inc dilihat mula membuat uptrend bermula April 2020 sehingga ke penghujung tahun 2020. Harga saham bermula pada harga USD0.815 seunit pada 2 Januari 2020 dan naik sebanyak 723.31% untuk ditutup pada paras USD6.71 pada 31 Disember 2020.

Berikut merupakan ringkasan harga saham patuh syariah yang paling untung untuk sektor kesihatan di Wall Street pada tahun 2020.

Status Patuh Syariah

Kesemua saham di atas adalah disahkan patuh syariah oleh Islamicly setelah menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Jadi tidak perlu ragu-ragu jika berminat untuk membeli saham-saham yang tersenarai di atas.

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street? Terlepas sesi Wall Street yang pertama tahun lepas?

Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!

Ini adalah kelas intensif.

Bila tu?

Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM

Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet

Share221Tweet138Share

Related Posts

Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Industri Paling Untung Di Wall Street Tahun 2020
Global

Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Industri Paling Untung Di Wall Street Tahun 2020

by Ronnie Chai
18/01/2021
Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Untung Di S&P 500 Tahun 2020
Global

Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Untung Di S&P 500 Tahun 2020

by Hazim Rosman
13/01/2021

Follow Kami

No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?