• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Suntrack Akan Lancar Pembangunan Dengan Gabungan NPK RM750 Juta Bagi Komuniti MAGIC

in Catalyst
A A
Suntrack Akan Lancar Pembangunan Dengan Gabungan NPK RM750 Juta Bagi Komuniti MAGIC

Sumber Gambar : Facebook Suntrack Development

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

SETIA ALAM, 23 Sept (Bernama) — Pemaju hartanah kecilan dan sofistikated, Suntrack Development Sdn Bhd merancang untuk melancarkan projek pembangunan yang menumpukan penggalakkan komuniti pelbagai keupayaan, pelbagai generasi dan terangkum (MAGIC) dengan gabungan nilai pembangunan kasar (NPK) RM750 juta di sini.

Syarikat itu hari ini melancarkan projek fasa pertama — Tuai Residence @ Setia Alam — pembangunan kondominium kediaman 330 unit dengan NPK berjumlah RM194 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif, James KK Tan berkata Tuai Residence diwujudkan berlandaskan penekanan utama kepada keselamatan kanak-kanak dan warga emas, di samping tumpuan perincian bagi persekitaran inklusif dengan penggunaan penuh reka bentuk sejagat (UD).

“330 unit kondominium itu akan dibangunkan di atas tanah pegangan bebas seluas 2.67 hektar, menjadikannya pembangunan kepadatan rendah pada 50 unit seekar. Ia kini di peringkat kerja cerucuk dan dijangka siap pada 2023.

“Seterusnya, projek fasa kedua pula ialah Tuai Timur Residence (330 unit) dengan NPK berjumlah RM200 juta, diikuti oleh 660 unit Rumah Selangorku (RSKU) dengan NPK sebanyak RM205 juta dan pembangunan komersial (NPK berjumlah RM150 juta),” katanya kepada Bernama.

Tan berkata syarikat itu sedang mempertimbangkan untuk menggunakan konsep yang sama bagi projek RSKU dan pembangunan seterusnya di kawasan simpanan tanah seluas 1.34 hektar di Cyberjaya.

MAGIC adalah istilah yang dicipta oleh pakar gerontologi Amerika Syarikat, Dr. Bill Thomas.

Tan berkata pereka pembangunan itu mendapat nasihat daripada pakar UD, Profesor Madya Dr Naziaty Mohd Yaacob dari Fakulti Seni Bina, Universiti Malaya.

Berdasarkan konsep UD, Tuai Residence dirancang bagi persekitaran inklusif untuk memenuhi keperluan warga emas berkerusi roda seperti ruang luas sebagai radius pergerakan di dalam unit; reka bentuk akses mudah seperti laluan pintu yang lebar di kawasan umum dan koridor; lantai paras minimum; tanjakan; lif dan laluan berbumbung di antara kawasan parkir dengan kawasan bersama serta ke kawasan pembangunan runcit masa depan.

“Penekanan utama UD dengan ciri mesra warga emas, keselamatan untuk semua peringkat umur termasuk keselamatan kebakaran dan pejabat penjagaan di lokasi; pembangunan komuniti dan ketenangan fikiran merupakan antara ciri unik yang digabungkan dalam projek Tuai Residence,” katanya.

Beliau berkata pemercik bagi memadam kebakaran disediakan di seluruh tempat, mencontohi penempatan persaraan yang pernah dikunjungi di Australia, China dan Jepun.

Suntrack juga bekerjasama dengan Cality Care, syarikat Australia yang menyediakan penjagaan seperti di rumah di negara itu.

Ia dikendalikan oleh jururawat berdaftar dan penjaga terlatih dari pejabat penjagaan di lokasi, dengan kecemasan perubatan diuruskan sebelum ketibaan ambulans. Syarikat itu turut menyediakan penjagaan di rumah dengan bayaran yang berasingan.

— BERNAMA

Share304ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In