Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K) atau nama ringkasnya Takaful Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1981 apabila Kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan petugas bagi mengkaji kebolehlaksanaan penubuhan sebuah syarikat Takaful Islam di Malaysia. Ini telah membawa kepada penubuhan Syarikat Takaful Malaysia pada 29 November 1984 yang telah memulakan operasinya pada 22 Julai 1985.
Selepas beroperasi lebih daripada satu dekad, syarikat ini telah dijadikan sebuah syarikat awam berhad pada 19 Oktober 1995, diikuti dengan penyenaraian sahamnya di Papan Utama (kini dikenali sebagai ‘Pasaran Utama’) di Bursa Malaysia Securities Berhad pada 30 Julai 1996.
Selama lebih tiga puluh tahun, Takaful Malaysia telah menjadi salah sebuah pengendali Takaful yang terkemuka di Malaysia dengan kedudukan kewangan yang utuh dan kepakaran di dalam bidang pengurusan risiko bagi memenuhi keperluan pelanggan di 24 pusat perkhidmatan Takaful.
Nak tahu sama ada Takaful Malaysia sesuai untuk dijadikan pelaburan atau tidak, jom kita membuat kajian CANSLIM ke atasnya.
C: Current Quarterly Earnings
Kita perlu mengkaji pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini serta pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini. Kita boleh kaji pendapatan syarikat bagi tempoh 3-5 suku yang terkini dan syarikat yang bagus perlu, ada peningkatan pendapatan suku tahunan terkini sekurang-kurangnya sebanyak 25%. Ianya mestilah mampu menjana pendapatan untuk tiga suku berturut-turut daripada suku sekarang.
Selain daripada itu, perbandingan di antara suku semasa dan suku yang sama tahun sebelumnya juga boleh dilakukan. Sekiranya terdapat peningkatan suku semasa daripada suku yang sama pada tahun sebelumnya, ini menunjukkan satu petanda yang positif.

Laporan kewangan yang terkini merekodkan Takaful mencatatkan pendapatan sebanyak RM753.5 juta dan merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM82.6 juta daripada hasil pendapatan tersebut setelah ditolak semua kos yang ada. Keuntungan bersih ini adalah peningkatan sebanyak 10% daripada suku sebelumnya.
Syarikat Takaful bermula dengan baik pada suku pertama tahun 2020 dengan peningkatan sebanyak 35% daripada suku sebelumnya dan peningkatan 5% daripada suku yang sama tahun 2019. Terdapat sedikit kemerosotan pada suku kedua dengan kejatuhan sebanyak 26% daripada suku sebelumnya dan kejatuhan sebanyak 7% daripada suku tahun sebelumnya.
Secara keseluruhannya, prestasi perniagaan Takaful dilihat masih baik dan kukuh.
A: Annual Earnings Increases Over The Last Five Years
Peningkatan pendapatan seeloknya meningkat setiap tahun bagi tempoh 3 tahun sehingga 5 tahun.

Daripada sudut hasil pendapatan, kita boleh lihat dengan jelas yang ianya sedang membuat peningkatan. Yang menariknya adalah keuntungan dan margin keuntungan yang diperolehi syarikat, meningkat dari tahun ke tahun sejak dari tahun 2013. Kebolehan syarikat Takaful menjalankan perniagaan diterjemahkan ke dalam keuntungan, di mana Takaful setakat ini telah mencatatkan peningkatan keuntungan selama 7 tahun berturut-turut.
Setakat suku ketiga tahun 2020, Takaful telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM259 juta. Takaful hanya memerlukan sebanyak RM106 juta untuk baki suku terakhir tahun ini untuk menyamai rekod keuntungan pada tahun 2019.
N: New Products, Management, Events, Information
Sekiranya syarikat ada banyak berita sensasi seperti pelancaran produk baru, pengurusan baru dan maklumat baru, ia akan menarik minat pelabur untuk melabur ke dalam syarikat tersebut.

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad bersama dengan anak syarikatnya Syarikat Takaful Malaysia AM Bhd (STMAB) baru-baru ini telah memeterai dua perjanjian perkhidmatan bancatakaful dengan RHB Islamic Bank Berhad dengan bayaran fasiliti gabungan sebanyak RM151 juta.
Bancatakaful adalah penjualan sijil melalui pihak bank. Bank bertindak sebagai ejen syarikat takaful dan syarikat takaful dapat menjual sijil takaful kepada pangkalan pelanggan bank menggunakan rangkaian bank tersebut.
Berdasarkan perjanjian tersebut, RHB Islamic akan menjual, mengedar dan mempromosikan produk takaful keluarga syarikat Takaful. Sebagai pulangan, Syarikat Takaful akan membayar bayaran fasilitasi sebanyak RM145 juta kepada RHB Islamic.
Perjanjian kedua di antara Syarikat Takaful dan RHB Islamic adalah perjanjian am bancatakaful, di mana RHB Islamic akan menjual, mengedar dan mempromosikan produk takaful am yang dibangunkan Syarikat Takaful. Sebagai pulangan, syarikat Takaful akan membayar bayaran fasilitasi sebanyak RM6 juta kepada RHB Islamic.
Kenanga Research telah menaik taraf Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd berikutan peningkatan hasil pendapatan bagi suku ketiga tahun 2020. Selain daripada itu, perkembangan terkini vaksin dan berita mengenai cadangan pengeluaran KWSP untuk produk insurans dan takaful adalah merupakan berita positif untuk sektor ini.
S: Supply and Demand
Semakin ramai pelabur yang mahukan saham yang terhad di dalam pasaran, harga saham tersebut akan meningkat kerana permintaan yang tinggi. Nak tahu satu tips tak? Sekiranya terdapat pengumpulan oleh pelabur institusi, ianya merupakan satu petanda yang baik kerana pastinya jerung-jerung institusi ini akan mencari saham yang berpotensi untuk berkembang dalam jangka masa panjang.
Saham yang ringan atau limited edition juga boleh membantu kenaikan harga saham dengan cepat. Maksud ringan di sini adalah bilangan unit saham yang diapungkan adalah kecil.

Bilangan saham Takaful yang diapungkan adalah sebanyak 830.43 juta unit dan jumlah tersebut dianggap sedikit, menjadikan saham syarikat adalah limited edition. Bilangan unit saham di bawah 1 bilion unit boleh dianggap ringan kerana banyak syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia mempunyai saham terapung melebihi 1 bilion unit.
Sekiranya terdapat catalyst yang baik mengenai Takaful, sudah pasti ia mampu melonjakkan harga saham ini dengan mudah.
L: Leader and Laggard
Leader adalah peneraju dalam sesebuah industri atau sektor yang mempunyai pertumbuhan jualan dan pendapatan yang tinggi. Leader dan laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah sektor.
Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, kita boleh bandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks pasaran saham.
Takaful merupakan syarikat yang dikategorikan dalam sektor servis perbankan (Financial Services). Mari kita bandingkan prestasi Takaful di dalam sektor perbankan.

Garisan berwarna oren di dalam carta adalah Indeks Kewangan Bursa Malaysia (Bursa Malaysia Financial Index). Setelah dibandingkan prestasi Takaful dengan sektor perbankan, Takaful merupakan laggard dalam sektor perbankan kerana prestasinya di bawah indeks kewangan secara keseluruhannya. Pergerakan saham Takaful mungkin sedikit lambat tetapi itu bukan bermakna Takaful tidak akan membuat kenaikan langsung.
Saham yang berkualiti pasti akan memberikan hasil yang baik.
I: Institutional Sponsorship
Ianya merupakan kehadiran pelabur institusi, tidak kira sama ada institusi tempatan mahu pun luar negara. Pemilikan institusi ini penting kerana pelabur institusi ini dianggap sebagai jerung kerana mereka mempunyai dana yang sangat besar sehingga berbilion Ringgit, malah ada yang mencecah sehingga trilion Ringgit. Pelabur institusi sudah pastinya mempunyai barisan penganalisa yang membuat kajian mendalam daripada sudut fundamental sebelum melabur ke dalam syarikat tersebut.
Ianya memberi keyakinan kepada pelabur runcit seperti kita, kerana kajian mendalam telah pun dibuat.

Hasil Kajian Institutional Sponsorship Takaful:
1.Pemegang saham utama Takaful adalah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan pegangan sebanyak 59.19%.
2.Top 10 pemegang saham Takaful adalah semuanya pelabur institusi yang kita gelar sebagai jerung.
3.BIMB, EPF, KWSP, PNB merupakan di antara nama besar yang mengisi senarai tersebut.
4.Jerung pun dah beli saham Takaful, takkan bilis tengok saja?
M: Market Direction
Seterusnya kita kena kaji ke manakah arah trend harga saham. Sudah tentunya kita hanya akan membeli saham-saham yang sedang membuat uptrend. Ianya boleh dilihat pada purata harga harian saham (Moving Average) atau dengan menentukan fasa saham syarikat dengan berdasarkan carta dan kajian teknikal.

Harga tertinggi yang pernah dicapai Takaful adalah RM7.18 iaitu padaJulai 2019. Sejak daripada itu, Takaful mengalami kejatuhan sehinggalah membuat lantunan semula pada April yang lalu. Namun, paras resistance RM5.00 dilihat sebagai halangan kuat yang menghalang Takaful daripada naik lebih tinggi. Harga terakhir Takaful ketika artikel ini ditulis adalah RM4.77. Takaful berada dalam fasa sideways untuk satu jangka masa yang agak lama pada tahun ini.
Paras rintangan yang terdekat dan perlu ditembusi oleh Takaful ialah RM4.85 sebelum membuat cubaan seterusnya untuk menembusi paras rintangan RM5.00. Selagi Takaful gagal menembusi paras psikologi iaitu RM5.00, selagi itulah saham Takaful akan meneruskan sideways.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi,mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM