CANSLIM merupakan sebuah kaedah dan strategi yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish. CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat Dayang Enterprise Berhad.
Latar Belakang Dayang Enterprise Holdings Berhad (Dayang) (5141)
Dayang merupakan syarikat di dalam sektor oil and gas. Syarikat ini terlibat dalam penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan termasuk kerja-kerja fabrikasi dan perkhidmatan pemasangan di offshore untuk syarikat-syarikat oil and gas.

Dayang tersenarai di papan Utama Bursa Malaysia dan harga semasa untuk seunit saham syarikat ini adalah sekitar RM1.20.
Jom kita kaji kaunter Dayang ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.
C- Current Earnings Dayang
Salah satu cara untuk kita menilai kualiti sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini. Kita boleh mengukur pertumbuhan EPS syarikat bagi suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Sumber: KLSE Screener
Nilai EPS untuk suku tahun ketiga Dayang tahun ini adalah 3.40, merosot sebanyak 69.37% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan EPS yang negatif ini adalah perkara yang kurang baik untuk syarikat kerana ini menandakan bahawa syarikat mempunyai masalah untuk menjana pendapatan.
Tapi perlu kita ingat bahawa sektor oil & gas berdepan dengan kesukaran dalam tahun 2020 disebabkan pandemik Covid-19 yang berlaku. Permintaan minyak berkurangan secara mendadak akibat daripada perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan di seluruh dunia. Walaupun begitu, kerugian sesaham untuk Dayang semakin berkurangan dari semasa ke semasa.
A- Annual Earnings Dayang
Seterusnya, kita melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita boleh meggunakan EPS tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu pengukur prestasi pendapatan tahunan. Kita juga boleh menggunakan nisbah Return On Equity (ROE) untuk menilai perolehan tahunan. Pendapatan tahunan yang terdahulu juga membantu kita menilai syarikat apabila perubahan keadaan ekonomi berlaku.

Sumber: KLSE Screener
Nilai EPS syarikat Dayang masih tidak lengkap sepenuhnya bagi tahun 2020, jadi kita akan menilai pertumbuhan EPS bagi tahun 2019 dan tahun 2018. EPS pada tahun 2019 adalah sebanyak 24.37, meningkat sebanyak 43.35% berbanding nilai EPS pada tahun 2018 iaitu sebanyak 17.00. Peningkatan pertumbuhan EPS tahunan sebanyak 43.35% ini sangat memberangsangkan untuk berbanding persaing di dalam industri yang sama, namun adakah memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam kaedah CANSLIM ini?
N- News, New High, New Management
News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat dan amat penting dalam membuat penilaian dengan kaedah CANSLIM ini. Selain daripada itu, harga saham yang tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor penting. Seterusnya, pertukaran pendtabiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat dalam jangka masa panjang.
News, Pemangkin

Sumber: The Edge
Berita tentang perkembangan kenaikan harga minyak mentah dunia ini secara tidak langsung telah memberi impak positif kepada syarikat-syarikat di dalam sektor minyak, termasuklah Dayang. Sentimen tentang pemulihan ekonomi dunia turut memberi kesan kepada syarikat di sektor minyak secara keseluruhannya.
S- Supply and Demand
Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham. Jumlah unit saham yang didagangkan ini menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.
Jumlah unit saham Dayang yang didagangkan adalah sebanyak 1.06 bilion unit. Untuk mengetahui jumlah ini adalah banyak atau pun tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing yang berada di dalam sektor yang sama.

Sumber: Investing.com
Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian Dayang adalah lebih tinggi berbanding jumlah purata dagangan saham selama tiga bulan. Jika jumlah dagangan tersebut kekal sebegitu sehingga di ahir waktu dagangan, ini menunjukan terdapat minat belian yang tinggi terhadap saham ini.
L- Leader and Laggard
Leader dan laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.
Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks pasaran saham.

Sumber: Trading View
Pergerakan harga saham Dayang adalah lebih rendah berbanding pergerakan indeks FBM KLCI. Oleh itu, kita boleh kategorikan saham Dayang sebagai laggard berbanding saham-saham lain yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Kaedah yang lebih terperinci adalah dengan membuat perbandingan modal pasaran sesebuah syarikat itu dengan pesaingnya yang lain. Adakah Dayang juga merupakan laggard kepada sektor minyak?
I- Institutional Investor
Institutional Investor ini adalah kumpulan institusi kewangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional Berhad dan lain-lain lagi seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan yang lain-lain.

Sumber: Bursa Marketplace
Bagi syarikat Dayang ini, lebih 50% saham syarikat dimiliki oleh syarikat lain dan secara individu. Saham Dayang selebihnya dimiliki oleh pelabur institusi seperti syarikat insurans dan takaful, Mutual Fund, Dana Persaraan dan lain-lain lagi. Pemilikan oleh pelabur institusi ini menunjukan bahawa syarikat mempunyai tarikan dan potensi yang berjaya menarik pelabur institusi untuk melabur ke dalam syarikat berkenaan.
M- Market Direction
Market direction ini sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik. Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.

Sumber: Trading View
Arah kaunter Dayang ini menunjukkan saham ini sedang berada pada fasa pembetulan daripada fasa menurun sepanjang tahun 2020. Ianya merupakan petanda yang baik untuk saham ini. Namun, untuk menilai arah pasaran adalah lebih lengkap jika kita menentukan arah pasaran Indeks pasaran FBM KLCI dan juga arah pasaran sektor yang terlibat.
Dalam kes Dayang ini, kita juga perlu perhatikan pergerakan harga minyak mentah dunia kerana kebergantungan syarikat ini kepada komoditi minyak mentah adalah sangat tinggi. Ini merupakan cara lebih terperinci untuk digunakan di dalam kaedah CANSLIM ini.
Kajian di atas adalah contoh cara penggunaan strategi CANSLIM dalam pemilhan saham sebelum kita membuat keputusan untuk melabur ke dalam sesebuah syarikat. Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?
Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi,mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM