KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Unit milik penuh XOX Bhd, XOX Media Sdn Bhd dan unit milik penuh DGB Asia Bhd, DGB Networks Sdn Bhd membentuk sebuah syarikat tujuan khas untuk memiliki bersama ekosistem mesin layan diri kecerdasan buatan (AI) DGB.
“Langkah ini telah dirumus dan diputuskan selepas berbulan-bulan mewujudkan kumpulan kerja bagi menghasilkan dan menggunakan mesin-mesin ini dan setakat ini 10 mesin layan diri awal telah diedarkan di Lembah Klang,” kata XOX dalam satu kenyataan hari ini .
Pengarah Eksekutif XOX Roy Ho berkata hala tuju model perniagaan telah diperkukuh dengan memasukkan beberapa platform digital dan teknologi proprietari.
“Oleh itu, dengan kitaran pembangunan berterusan sentiasa menghasilkan idea dan aplikasi baharu yang berpotensi diterjemahkan menjadi penjanaan hasil, dengan harta intelektual sendiri dirumuskan, pihak-pihak berpandangan menjadi kepentingan bersama kedua-dua syarikat untuk menubuhkan syarikat tujuan khas bagi mengendalikan perniagaan ini,” katanya,
Dengan butiran terperinci syarikat tujuan khas itu dimuktamadkan, Ho berkata langkah tersebut akan menyaksikan XOX terus mengembangkan skop perniagaannya daripada pengendali rangkaian maya mudah alih tradisional kepada mewujudkan komponen bagi asas dalam media dan kandungan, teknologi kewangan dan strategi pembiayaan mikro.
“Bagi tujuan ini, lembaga XOX memutuskan untuk mengambil peluang menyertai sehingga RM20 juta dalam terbitan hak DGB, dengan memohon bagi lebihan, sebagai sebahagian daripada keseluruhan strategi untuk memiliki pegangan penting dalam pelbagai perniagaan pelengkap, untuk memanfaatkanm sinergi dan direktif operasi. katanya.
— BERNAMA