KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — XOX Bhd berminat untuk membangunkan penyelesaian yang khusus di platform TraX untuk sektor farmaseutikal berikutan pelaksanaan platform itu bagi industri makanan.
Ketua Pegawai Eksekutif Ng Kok Heng berkata TraX adalah platform aplikasi web dan mudah alih yang dibangunkan oleh XOX dan diupayakan oleh kebolehkesanan sebagai perkhidmatan (TaaS) AntChain, penyelesaian kebolehkesanan berasaskan blockchain yang digabungkan dengan teknologi Internet of Things membolehkan kepercayaan, meningkatkan kecekapan dan menawarkan ketelusan secara menyeluruh mengenai maklumat di sepanjang rantaian bekalan.
AntChain adalah perniagaan blockchain daripada cabang pembayaran Alibaba, Ant Group.
Ng berkata TraX dapat menawarkan penyelesaian yang berskala dan menjimatkan kos untuk sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mencapai kebolehkesanan produk dan ketelusan maklumat yang lebih baik dalam rantaian bekalan, sekali gus dapat mencegah penipuan dan melindungi keaslian produk.
“XOX sedang berbincang dengan ramai rakan kongsi yang berpotensi dalam industri yang berminat untuk mengguna pakai TraX,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, Ng berkata rangkaian restoran di bawah Oversea Enterprise Bhd telah mengguna pakai TraX untuk meningkatkan lagi kebolehkesanan dan keselamatan makanan.
Oversea Enterprise adalah PKS tempatan pertama mengguna pakai TaaS AntChain di Asia Tenggara.
Ketua Perniagaan Antarabangsa AntChain Kenny Tan berkata AntChain telah mempelopori lebih 50 aplikasi komersial blockchain dan kes penggunaan sejak penubuhannya pada 2015.
“Bersama dengan rakan kongsi tempatan seperti XOX, kami berharap dapat membawa inovasi blockchain ini ke Asia Tenggara untuk mempercepatkan transformasi digital PKS dalam dunia yang dipacu data,” kata Tan.
XOX dan AntChain turut merancang untuk memperkenalkan Creator ID, dibina dalam penyelesaian AntChain Digital Asset bagi membolehkan pendigitalan aset sebenar seperti hak cipta dan seni budaya di blockchain.
— BERNAMA
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->