Jika anda perasan, kebelakangan ini terdapat saham-saham super penny seperti AT, XOX dan Yongtai yang membuat kenaikan luar biasa sehingga mampu memberikan pulangan sehingga lebih daripada 100% dalam tempoh masa yang singkat. Saham ini merupakan saham-saham yang memenuhi ciri-ciri Wyckoff Method.
Apa Dia Wyckoff Method?
Wyckoff Method ini diperkenalkan oleh Richard Wyckoff, seorang broker saham dan penganalisa teknikal yang terkenal di Wall Street. Berdasarkan pemerhatian dan kajian beliau terhadap carta saham, beliau membuat kesimpulan bahawa wujudnya satu sindiket manipulasi dalam pasaran saham. Berdasarkan kajian Richard Wyckoff ini, beliau menyatakan bahawa turun naik harga pasaran untuk saham-saham yang ada ini perlu dikaji sama ada ianya didagangkan oleh seorang pelabur sahaja atau kita gelarkannya sebagai Composite Man.
Secara teorinya, Richard Wyckoff menyatakan bahawa composite man ini adalah individu atau sindiket yang memanipulasikan pasaran di belakang tabir dan menyebabkan ramai pelabur runcit yang menjadi mangsa kerugian dalam pelaburan. Untuk mereka yang faham dan tahu cara bagaimana the composite man ini memanipulasi pasaran, tidak mustahil mereka berjaya meraih keuntungan.
The composite man ini sangat teliti dalam menjalankan modus operandinya dan mereka akan melakukan transaksi jual beli yang banyak sesama mereka untuk menarik minat pelabur runcit terhadap kaunter yang bakal dimanipulasikan mereka. Oleh itu, kita sebagai pelabur runcit perlu cekap membaca pergerakan harga sesebuah saham itu.
Bagaimana caranya untuk kita mendapat keuntungan dengan menggunakan teknik Wyckoff Method ini?
Bagaimana Wyckoff Method Ini Terjadi?
Dalam pasaran saham, kita akan ada empat fasa utama iaitu fasa accumulation, mark up, distribution dan juga mark down. Wyckoff Method ini biasanya terjadi di dalam fasa accumulation, di mana the composite man akan mulakan modus operandinya pada saham-saham yang terpilih dan memberikan beberapa signal belian dan jualan sebelum saham tersebut bertukar fasa kepada fasa kenaikan atau mark up.
Mari kita lihat ciri-ciri untuk kita kenalpasti kaunter-kaunter Wyckoff ini.
1. Jumlah Dagangan Saham Yang Kecil (Small Market Capitalisation)
Ciri yang pertama untuk mengenal pasti kaunter-kaunter Wyckoff ini adalah syarikat yang mempunyai jumlah saham dagangan yang kecil. Ini adalah kerana jumlah saham dagangan yang kecil adalah lebih mudah untuk dimanipulasi berbanding syarikat yang mempunyai jumlah dagangan yang besar. Jumlah dagangan yang kecil dimaksudkan sekitar 600 juta unit ke bawah atau nilai pasaran (market cap) di bawah RM650 juta.
Semakin kecil jumlah dagangan saham syarikat, semakin tinggi potensi saham ini untuk dimanipulasi.
2. Harga Saham Yang Murah (Penny Stock)
Kebiasaannya ciri-ciri saham Wyckoff ini adalah saham murah di bawah RM0.30 atau dikenali sebagai penny stock. Sindiket ini jarang akan menyentuh saham-saham mahal kerana saham yang mahal ini biasanya sukar untuk dimanipulasi. Jika kita tidak berani membeli kaunter-kaunter penny ini, teknik Wyckoff ini tidak sesuai untuk kita gunakan.
3. Syarikat Yang Sedang Mengalami Kerugian
Syarikat yang sedang mengalami kerugian juga merupakan salah satu ciri saham yang selalunya akan ada dalam senarai saham yang digemari oleh para sindiket. Syarikat yang rugi ini kebiasaanya kurang mendapat perhatian pelabur institusi dan pelabur runcit, kerana fundamental syarikat yang kurang menarik. Tetapi syarikat inilah yang menjadi perhatian para sindiket untuk memanipulasikan harga saham syarikat berkenaan.
Semakin murah harga sesuatu saham itu, semakin tinggi potensi untuk dimanipulasi.
4. Saham Yang Sedang Berada Di Dalam Fasa Accumulation
Ciri yang terakhir untuk ciri kaunter Wyckoff ini adalah saham yang sedang berada di dalam fasa pengumpulan atau accumulation. Saham yang sudah lama berada pada fasa pengumpulan ini merupakan saham yang menjadi pilihan sindiket. Saham ini biasanya tidak akan menjadi perhatian pelabur biasa dan hanya akan dikenal pasti apabila jumlah transaksi adalah tinggi dan harganya yang sudah naik tinggi.
Sumber: KLSE Screener
Kaunter-kaunter di atas merupakan antara contoh-contoh kaunter saham Wyckoff. Jika kita perhatikan kesemua saham di atas, ianya mempunyai persamaan daripada segi fasa accumulation sebelum membuat kenaikan yang drastik, harga yang murah dan jumlah saham dagangan yang sedikit.
Wyckoff Method ini adalah teknik yang memerlukan kemahiran dan tahap penerimaan risiko yang tinggi. Terdapat lima langkah yang kita perlu lakukan sekiranya nak menggunakan teknik Wyckoff ini.
1. Kaji Kedudukan Pasaran Saham Secara Am
Ianya bermaksud kita perlu melihat kepada indeks pasaran saham sama ada sedang membuat bullish atau bearish. Kajian terhadap indeks ini bertujuan untuk kita membuat gambaran emosi pelabur dan untuk mencari peluang di dalam pasaran. Untuk kaunter saham pula, pelabur perlu melihat kepada saham-saham yang sedang berada di dalam fasa accumulation yang lama.
2. Memilih Saham Yang Bergerak Seiring Dengan Indeks Pasaran
Tengok pula saham-saham yang mengikut pergerakan indeks pasaran. Jika indeks pasaran hijau, harga saham akan ikut hijau dan begitu juga sebaliknya. Selain daripada itu, kita perlu memerhatikan sektor yang tengah atau bakal hangat yang juga dikenali sebagai rotational play. Kita perlu sentiasa peka dengan perubahan sentimen semasa.
3. Mencari Saham Yang Mempunyai Sebab Kenaikan (Catalyst Semasa)
Kita juga perlu peka terhadapt sebarang berita baik tentang syarikat yang boleh dijadikan sebab utama kepada kenaikan harga saham berkenaan. Contoh berita yang baik untuk syarikat adalah seperti berjaya memperolehi projek baru, bakal menerajui perniagaan baru, keputusan kewangan yang baik dan perkembangan sektor semasa.
4. Memastikan Saham Tersebut Telah Bersedia Untuk Naik
Untuk memastikan saham ini telah bersedia untuk naik, kita boleh perhatikan harga saham yang telah memecahkan garisan rintangan yang kuat di dalam fasa accumulation. Apabila fasa accumulation yang lama ini telah dipecahkan, ini bermakna saham tersebut sudah bersedia untuk naik. Semakin lama fasa accumulation untuk sesuatu saham ini, semakin kuat potensi saham tersebut untuk naik dengan tinggi.
5. Membeli Pada Masa Yang Tepat
Kita perlu memastikan bahawa kita membeli pada masa yang tepat iaitu apabila sahamnya masih di dalam fasa accumulation atau baru sahaja memecahkan garisan rintangan. Sangat tidak digalakkan untuk kita membeli ketika saham tersebut sudah membuat fasa kenaikan atau mark up.
Wyckoff Method ini adalah teknik yang memerlukan kemahiran tinggi dan sangat tidak sesuai kepada pelabur baru atau pelabur yang mempunyai tahap penerimaan risiko yang rendah.
Artikel ini hanya menerangkan teknik Wyckoff secara ringkas sahaja. Pelabur saham yang berminat untuk menggunakan teknik ini perlu membuat kajian dan mendalami ilmu ini dengan lebih mendalam.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Kami janji berbaloi……
Daftar sekarang!
Klik >> thekapital.my/swing