fbpx
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
Friday, March 5, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Catalyst

Widad Busniess Group Akan Bangunkan Projek Gdv Kira-Kira RM40 Bilion Di Langkawi

by TheKapital
20/01/2021
in Catalyst
2 min read
Widad Bekerjasama Dengan Rinani Pasarkan Vaksin Covid-19 Di Malaysia

Kredit Gambar : Focus Malaysia

Berkaitan

TNB Teroka Pasaran Tenaga Boleh Diperbaharui Vietnam

MYEG Catat Keuntungan Bersih RM268.16 Juta Bagi Tahun Kewangan 2020

Serba Dinamik, MYSA Akan Jalin Kerjasama Ekonomi Angkasa Baharu

ALOR SETAR, 20 Jan (Bernama) — Widad Business Group (WBG) akan membangunkan projek berimpak tinggi di Langkawi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan RM40 bilion dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang.

Ketika mengumumkannya hari ini, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata projek tersebut merangkumi komponen berkaitan pelancongan seperti hotel, pusat peranginan bertaraf lima bintang selain kediaman serta kemudahan penjagaan kesihatan.

“Kerajaan negeri telah bersetuju menerima pelaburan baharu syarikat tempatan, Widad Business Group di Langkawi yang akan membangunkan [email protected] Ini membabitkan kawasan seluas 800 hektar dengan 90 peratus daripadanya adalah kawasan laut yang akan ditebus guna berhampiran Padang Matsirat.

“Difahamkan syarikat ini telah mengadakan usaha sama dengan syarikat lain melibatkan pelaburan dari dalam dan luar negara yang kebanyakannya berkaitan pelancongan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini.

Mengulas selanjutnya, Muhammad Sanusi berkata projek itu akan dimulakan selepas selesainya proses pengambilan tanah oleh Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi yang diusahakan pada masa ini.

“Syarikat itu juga telah membuat bayaran fi komitmen kepada kerajaan negeri yang melibatkan jutaan ringgit. Menerusi komitmen ini, kita anggap syarikat tersebut serius untuk membangunkan projek ini dan bayaran itu akan dikembalikan apabila pembangunan mencapai 40 peratus,” katanya.

Muhammad Sanusi juga berharap pelaburan tersebut mampu menjadi satu lagi elemen baharu di Langkawi dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke pulau peranginan tersebut.

“Kita juga mengalu-alukan mana-mana pelabur yang berhasrat melabur dalam apa-apa sektor di Kedah…kita akan terima dengan tangan terbuka dan mudahkan proses demi pembangunan negeri ini,” katanya.

— BERNAMA


Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB

Related Posts

Untung Bersih Suku Ketiga TNB Susut Kepada RM1 Bilion
Catalyst

TNB Teroka Pasaran Tenaga Boleh Diperbaharui Vietnam

04/03/2021
MYEG Peroleh Lanjutan 3 Tahun Konsesi Perkhidmatan E-Kerajaan
Catalyst

MYEG Catat Keuntungan Bersih RM268.16 Juta Bagi Tahun Kewangan 2020

04/03/2021
Untung Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM148 Juta Pada Suku Ketiga
Catalyst

Serba Dinamik, MYSA Akan Jalin Kerjasama Ekonomi Angkasa Baharu

04/03/2021
Pos Malaysia Perkenalkan Platfrom Insurans Dalam Talian Baharu
Catalyst

Firma Penyelidikan Kekal Yakin Dengan Prospek Pos Malaysia

03/03/2021
Berhati-Hati Dengan Saham Berkaitan Solar
Catalyst

Berhati-Hati Dengan Saham Berkaitan Solar

02/03/2021
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?