• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Westports Umum Keuntungan Suku Kedua Yang Lebih Rendah

in Berita
A A
Westports Umum Keuntungan Suku Kedua Yang Lebih Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd susut kepada RM 134.34 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2020 berbanding RM166.32 juta yang dicatatkan setahun lebih awal berikutan penurunan dalam pendapatan operasi akibat pandemik COVID-19. 

Hasil kumpulan menurun kepada RM431.60 juta daripada RM454.45 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada tahun lepas, kata operator pelabuhan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Westport juga mengisytiharkan dividen interim pertamanya sebanyak 5.05 sen sesaham bagi tahun kewangan kali ini, yang perlu dibayar pada 21 Ogos berbanding 6.74 sen sesaham dalam tahun sebelumnya.

Berkaitan

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2020, Westport mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM287.15 juta daripada RM306.22 juta.

Bagaimanapun, hasil menokok kepada RM905.07 juta berbanding RM869.64 juta sebelum ini, yang disumbangkan daripada aktiviti pembinaan membabitkan kerja pembangunan jeti baharu serta Terminal Kontena 9 Limbungan Kontena Zon Z.

Tanpa memasukkan pendapatan pembinaan, hasil operasi Westport bagi separuh pertama 2020 menurun kepada RM862.14 juta daripada RM869.64 juta pada separuh pertama 2019 disebabkan kelembapan truput konvensional dan kontena yang telah diimbangi dengan kenaikan 13 peratus dalam tarif kontena yang dikenakan dari 1 Mac 2019.

Westport dalam satu kenyataan berasingan berkata ia mengendalikan truput kontena sebanyak 4.80 juta unit bersamaan 20 kaki(TEU) dalam tempoh enam bulan pertama 2020 berikutan gangguan pandemik COVID-19 ke atas aktiviti ekonomi di seluruh dunia.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Ruben Emir Gnanalingam berkata penurunan jumlah kontena syarikat yang agak sederhana bagi tempoh Januari-Jun 2020 adalah disebabkan oleh momentum pertumbuhan awal yang dicapai pada suku pertama.

“Pada suku sebelumnya, kami amat berhati-hati dengan kedatangan suku kedua 2020, yang akhirnya, menyaksikan kesan yang paling buruk akibat pandemik COVID-19, yang telah menyebabkan pelbagai sekatan dan had pergerakan di seluruh dunia,” katanya.

Beliau memberitahu tahap penggunaan global dan aktiviti ekonomi tidak mungkin pulih secara serta-merta kepada tahap sebelum COVID-19 memandangkan dunia masih sedang menyesuaikan persekitaran kepada “normal baharu”, sebelum vaksin yang berkesan ditemui.

“Kesan buruk ke atas pekerjaan dan tahap pendapatan akan mengurangkan penggunaan serta pemulihan ekonomi secara keseluruhan; oleh itu, syarikat tidak mengharapkan kendalian kontena untuk mencatat peningkatan yang menyeluruh pada separuh kedua 2020,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Westport berkata kendalian kontenanya dijangka akan menurun pada tahun ini berikutan kesan buruk yang masih berterusan di dalam dan luar negara akibat COVID-19 termasuk impak daripada pelarasan sosial dan ekonomi bagi mengurangkan risiko gelombang yang seterusnya.

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS
Berita

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS

2 months ago
Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

3 months ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

4 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In