• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Urus Niaga Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 3 Ogos  — Bursa Malaysia meneruskan dagangan lemah minggu lepas untuk dibuka rendah hari ini dengan urus niaga lebih kepada indeks perkhidmatan kewangan.

Pada pukul 9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 6.25 mata atau 0.39 peratus kepada 1,597.50 daripada 1,603.75 ketika ditutup Khamis lepas.

Indeks utama dibuka 8.74 mata lebih rendah pada 1,595.01.

Berkaitan

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

Bagaimanapun, pergerakan pasaran masih lagi positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 338 berbalas 246, manakala 298 kaunter tidak berubah, 1,073 tidak diniagakan dan 23 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 978.91 juta saham bernilai RM625.05 juta.  

Pasaran ditutup pada hari Jumaat sempena cuti sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen pasaran dilanda ketidakstabilan baharu dengan para pelabur, masing-masing pantas melepas pegangan selepas situasi politik Malaysia sekali lagi berkocak dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah.

“Kami menjangkakan situasi tidak menentu ini kekal dengan para pelabur menantikan pengumuman beberapa keputusan kewangan korporat menjelang akhir bulan yang telah mengambil kira kesan sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Memandangkan saham berkaitan penjagaan kesihatan dijangka terus berada di barisan hadapan, kami melihat sektor teknologi bergerak seiring dengan Nasdaq menuju ke paras tinggi sepanjang masa. Sektor perladangan mungkin perlu dipandang semula kerana harga minyak sawit mentah (MSM) telah stabil,” katanya dalam nota penyelidikan.

Secara teknikalnya, firma broker itu berkata FBM KLCI kemungkinan menyaksikan paras stabil mengambil tempat dengan 1,615 sebagai halangan segera, diikuti 1,630. Paras sokongan pula antara 1,585, diikuti dengan 1,560.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, saham perbankan Maybank turun sembilan sen kepada RM7.58 dan Public Bank lega 40 sen kepada RM16.60. 

Top Glove menambah 42 sen kepada RM26.30, Hartalega meningkat 82 sen kepada RM21.10, manakal Tenaga jatuh 10 sen kepada RM11.34. 

Saham-saham paling cergas pula, Hubline menokok setengah sen kepada sembilan sen, Notion mengembang 11 sen kepada 92.5 sen sementara XOX jatuh setengah sen kepada 25.5 sen. 

Saham yang mencatatkan kerugian pula didahului oleh Nestle yang berkurangan RM1.30 kepada RM140.70, Vitrox lega 56 sen kepada kepada RM11.72.

Sementaraq itu, saham-saham paling untung,  MPI mengukuh 98 sen kepada RM14.18, diikuti dengan Hartalega dan Kossan, masing-masing melambung 54 sen kepada RM18.14.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 18.19 mata kepada 11,395.73, Indeks FBM Emas Shariah lebih tinggi 47.85 mata kepada 13,487.38 tetapi Indeks FBMT 100 susut 22.43 mata kepada 11,231.64.

Indeks FBM 70 mengembang 57.29 mata kepada 14,552.87 dan FBM ACE melonjak 166.12 mata kepada 8,701.00.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.40 mata kepada 140.73, Indeks Perkhidmatan Kewangan rugi 145.87 mata kepada 13,019.64 dan Indeks Perladangan lemah 59.16 mata kepada 7,088.35.

— BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

24 mins ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi, Didorong Kegiatan Memburu Saham Murah Pagi Ini

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In