KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — UOA Real Estate Investment Trust (UOA REIT) bercadang untuk membeli UOA Corporate Tower di Bangsar South di sini dengan nilai RM700 juta tunai.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, UOA REIT berkata bangunan pejabat 38 tingkat dengan aras emper itu mempunyai nilai pasaran sebanyak RM718 juta dan cadangan pembelian itu sejajar dengan strategi pengambilalihan untuk membeli dan melabur dalam hartanah yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang pengagihan seunit dan/atau nilai aset bersih seunit.
“Strategi pengambilalihan termasuklah membeli hartanah yang terletak secara strategik serta mempunyai kadar penghunian yang tinggi dan pelbagai campuran penyewa,” katanya.
UOA REIT berkata untuk membiayai pembelian itu, ia merancang untuk meraih RM280 juta melalui tawaran saham persendirian pada harga terbitan yang akan ditentukan kemudian oleh Lembaga Pengarah.
UOA Corporate Tower dimiliki secara tidak langsung oleh UOA Development Bhd melalui Distinctive Acres Sdn Bhd.
— BERNAMA
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->