• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Ketiga IOI Property Melonjak Kepada RM 640.29 Juta

in Catalyst, Saham
A A
Untung Bersih Suku Ketiga IOI Property Melonjak Kepada RM 640.29 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — IOI Properties Group Bhd (IOIPG) mencatat keuntungan bersih suku pertama berakhir 30 Sept, 2022 yang melonjak kepada RM640.29 juta daripada RM208.81 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Perolehan hasil turut menokok 60 peratus kepada RM691.52 juta daripada RM431.77 juta sebelumnya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata permulaan kukuh dalam tahun kewangan semasa itu disumbangkan oleh prestasi memberangsangkan oleh semua segmen perniagaan, terutama hospitaliti dan riadah yang mencatat pemulihan hasil lebih daripada 400 peratus.

Berkaitan

Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Sentimen Belian Lebih Baik

“IOIPG terus merekodkan hasil mantap biarpun berdepan pelbagai cabaran. Saya yakin kami di landasan tepat untuk mencapai sasaran dalam tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023 berikutan kemampuan segmen perniagaan mencatat pertumbuhan mampan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Voon Tin Yow.

Segmen pembangunan hartanah IOIPG meraih hasil RM529.9 juta — peningkatan 46 peratus daripada suku sama pada 2021 susulan jualan lebih tinggi daripada operasi Malaysia walaupun industri terjejas akibat tekanan inflasi dan gangguan rantaian bekalan global.

Bagi segmen pelaburan hartanah, hasil kumpulan itu melonjak 86 peratus kepada RM110.1 juta berbanding suku sama pada tahun lepas, didorong oleh impak asas rendah pada suku pertama tahun kewangan 2022.

Sebahagian daripadanya disumbangkan oleh permulaan pendapatan pajakan berulang daripada Fasa 2 IOI City Mall yang memulakan perniagaan pada 25 Ogos, 2022.

Sumbangan perolehan hasil daripada segmen perhotelan dan riadah juga meningkat kepada RM48.7 juta daripada RM7.6 juta pada suku sama 2021, didorong oleh pelancongan domestik yang berdaya tahan dan membolehkan industri perhotelan meraih semula momentum pertumbuhan.

Menurut kumpulan itu, langkah pengubahsuaian hotel seperti Putrajaya Marriott Hotel dan Palm Garden Hotel Putrajaya yang juga Tribute Portfolio Hotel, dijangka memberi jaminan dari segi menampung peningkatan pengunjung domestik dan asing.

IOIPG juga meletakkan harapan besar terhadap projek-projek dalam perancangan, kebanyakannya merangkumi pembangunan hartanah bertanah dan bertingkat bernilai RM1 bilion yang bakal dilancarkan di negara ini.

Voon berkata, kenaikan kadar faedah serta kos sara hidup turut meningkatkan lagi permintaan terhadap rumah berharga berpatutan dalam pasaran perumahan.

“Oleh itu, rangkaian produk kami akan kekal fleksibel untuk memenuhi permintaan segmen ini. Bagi membantu bakal pembeli, kumpulan ini turut melancarkan bantuan kewangan menarik menerusi IOI Finance dalam pakej jualan yang membabitkan projek-projek terpilih,” katanya.

Bagi kemajuan masa depan, IOIPG akan sentiasa peka terhadap cabaran global dalam usahanya mengharungi halangan yang melibatkan pertumbuhan kumpulan di Malaysia, Singapura dan China.

— BERNAMA

Tags: IOI Properties Group BhdKeputusansuku pertama
Share209ShareSend

Related Posts

Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia
Saham

Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia

8 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Sentimen Belian Lebih Baik

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In