• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, January 31, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih QL Resources Melonjak 104 Peratus Kepada RM93.9 Juta Bagi Suku Kedua

in Catalyst, Saham
A A
Untung Bersih QL Resources Melonjak 104 Peratus Kepada RM93.9 Juta Bagi Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih QL Resources Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Sept, 2022 meningkat 104 peratus kepada RM93.9 juta daripada RM45.94 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun kewangan 2022, didorong jualan lebih tinggi di seluruh segmen perniagaan.

Perolehan pula meningkat sebanyak 31 peratus kepada RM1.64 bilion daripada RM1.25 bilion bagi tempoh yang sama.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, QL Resources menjelaskan jualan segmen pembuatan produk marin menokok 24 peratus semasa suku kedua tahun kewangan 2023.

Berkaitan

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Berwaspada Menjelang Mesyuarat Fed

Airasia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

Prestasi ini dipacu oleh harga jualan lebih tinggi dan jumlah jualan lebih baik susulan dolar Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, bagi semua aktiviti kecuali produk berasaskan surimi ekoran kekangan tenaga kerja, jelasnya.

Ia menambah, jualan segmen minyak sawit dan tenaga bersih juga naik 23 peratus didorong oleh kemajuan projek lebih tinggi yang dicatatkan syarikat sekutunya, Boilermech, namun sebahagiannya diimbangi oleh prestasi aktiviti minyak sawit yang lemah, dengan harga jualan minyak sawit mentah (MSM) yang rendah dan penurunan tanan tandan buah segar (FFB) diproses.

Menurut QL Resources jualan segmen penternakan bersepadu meningkat 30 peratus, disokong oleh jumlah dan harga dagangan bahan mentah makanan yang tinggi serta harga jualan hasil ladang yang lebih tinggi.

Jualan segmen rantaian kedai serbaneka pula melonjak 57 peratus, dipacu oleh pembukaan 70 lagi cawangan baharu dan jualan purata lebih tinggi bagi setiap cawangan susulan permintaan terpendam dan kesan positif daripada pelan rangsangan kerajaan selepas ekonomi dibuka semula, jelasnya.

“Berdasarkan sentimen pengguna yang lemah disebabkan tekanan inflasi meningkat dan kelembapan ekonomi akibat kadar faedah lebih tinggi serta pakej rangsangan kerajaan yang reda, pihak pengurusan optimis namun berhati-hati bahawa prestasi perniagaan akan kekal berdaya tahan dengan subsidi kos diteruskan oleh kerajaan untuk mengurangkan kos penternakan yang tinggi,” jelasnya.

— BERNAMA

Tags: kedai serbanekaminyak sawitpembuatan produk marinpenternakanQL Resourcestenaga bersih
Share204ShareSend

Related Posts

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?
Saham Global

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?

10 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Berwaspada Menjelang Mesyuarat Fed

11 hours ago
Saham AAX Jadi Tumpuan Susulan Berita Mengenai Pelan Pemulihan
Catalyst

Airasia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

1 day ago
Malaysia Airport MAHB
Catalyst

MAHB Catat 83.9 Juta Penumpang Pada 2022, Naik 59.4 Peratus

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In