KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Varia Bhd, Pembinaan Teguh Maju Sdn Bhd memperoleh kontrak tebatan banjir bernilai RM334.69 juta daripada Ikatan Harmoni Sdn Bhd.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini Varia berkata projek yang terletak di Kota Tinggi, Johor dijadualkan siap pada 22 Julai 2029.
“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Varia Group untuk tempoh kewangan yang berkaitan dalam tempoh kontrak.
“Ia juga tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham Varia,” katanya.
— BERNAMA