• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, January 31, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit MHB Dapat Projek CCS Kasawari Di Sarawak

in Catalyst, Saham
A A
Unit MHB Dapat Projek CCS Kasawari Di Sarawak

Gambar: www.nsenergybusiness.com

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) telah memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) untuk menjalankan perkhidmatan Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan, Pemasangan dan Pentauliahan (EPCIC) untuk projek pengawalan dan penyimpanan karbon (CCS) Kasawari di luar pesisir Sarawak.

MHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata anak syarikat milik penuhnya Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) telah dianugerahkan Kontrak Reka Bentuk Kejuruteraan Front End (FEED) dalam mod pertandingan FEED untuk projek itu awal tahun ini.

Projek Kasawari CCS merupakan projek CCS yang pertama di Malaysia dijadual dimulakan pada penghujung 2025 dan akan menjadi sebahagian daripada keseluruhan Projek Pembangunan Gas Kasawari.

Berkaitan

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Berwaspada Menjelang Mesyuarat Fed

Airasia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

“Kontrak itu telah meningkatkan nilai perolehan kontrak MHB kepada RM6.6 bilion, antara yang tertinggi dalam sejarah MHB, memberi petunjuk bahawa industri minyak dan gas selepas mengalami tempoh aktiviti yang rendah sejak tahun 2014 dan sepanjang tempoh pandemik.

“Langkah pertama MHB dalam segmen CCS ini akan mengukuhkan lagi komitmen dan usaha MHB dalam menawarkan penyelesaian lebih bersih dan menyokong misi Kemampanan pemegang kepentingan kami merentas projek penyahkarbonan masa depan dan peralihan tenaga,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MHB Pandai Othman.

Kontrak EPCIC termasuk pembinaan 14,000 tan metrik (MT) topside, platform Kasawari CCS 15,000 tan metrik jaket berkaki lapan dan jambatan yang menghubungkan ke Platform Pemprosesan Pusat Kasawari (CPP).

Setelah siap, platform itu akan dipasang pada kedalaman air 108 meter (m) dalam kawasan SK316, kira-kira 200 kilometer (km) di luar pesisir dari Kompleks Gas Asli Cecair (LNG) Petronas di Bintulu, Sarawak.

Projek Kasawari CCS akan menjadi projek CCS luar pesisir terbesar di dunia apabila siap kelak mengikut volum karbon dioksida (CO2) yang dikawal dengan keupayaan untuk mengawal sehingga 3.3 juta tan CO2 setahun.

Sejumlah kira-kira 71 hingga 76 juta tan CO2 daripada projek Kasawari CCS akan dimasukkan semula ke medan M1 melalui saluran paip yang terletak kira-kira 138 kilometer dari platform.

Selain itu, kemudahan itu juga akan menjadi platform luar pesisir terbesar di dunia yang direka untuk menangkap dan menyimpan karbon, kata syarikat itu.

— BERNAMA 

Tags: MHBMHMEPetronas Carigaliprojek Kasawari
Share220ShareSend

Related Posts

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?
Saham Global

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?

8 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Berwaspada Menjelang Mesyuarat Fed

10 hours ago
Saham AAX Jadi Tumpuan Susulan Berita Mengenai Pelan Pemulihan
Catalyst

Airasia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

1 day ago
Malaysia Airport MAHB
Catalyst

MAHB Catat 83.9 Juta Penumpang Pada 2022, Naik 59.4 Peratus

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In