• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit GFM Raih Kontrak O&M Petronas Di Pengerang

in Catalyst
A A
Unit GFM Raih Kontrak O&M Petronas Di Pengerang

Sumber Gambar : TheBorneoPost

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Global Facilities Management Sdn Bhd (GFMSB), anak syarikat milik penuh GFM Services Bhd, berjaya meraih kontrak penyediaan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan (O&M) di Perkampungan 1 & 2 Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor.

Kerja-kerja O&M itu turut merangkumi kesemua kemudahan sekutu, bangunan bukan proses dan bangunan di PIC.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia perkhidmatan pengurusan kemudahan bersepadu itu berkata kontrak tiga tahun yang bermula 14 Sept, 2020 itu diperoleh daripada PRPC Utilities and Facilities Sdn Bhd dan PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd.

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

Mengikut Surat Penganugerahan kontrak itu, skop perkhidmatan GFM termasuk perkhidmatan O&M bangunan, kemudahan dan utiliti, pemuliharaan bangunan dan kemudahan, khidmat operasi kantin dan katering, bekalan bahan boleh dimakan dan keperluan, penyelenggaraan tempat berkumpul PIC dan sebagainya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Eksekutif GFM Ruslan Nordin berkata urus niaga tersebut merupakan yang kedua untuk syarikat tersebut.

“Kami sebelum ini menyediakan perkhidmatan pengurusan kem pekerja ketika tempoh pembinaan kilang perekah di situ.

“Oleh itu, kejayaan meraih kontrak itu turut membuktikan keyakinan pelanggan terhadap kemampuan kami memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan bertepatan masanya. Ini juga amat bermakna dari segi portfolio senarai projek kumpulan dan membolehkan GFM mendapat tarikan selanjutnya dalam sektor minyak dan gas.”

GFM juga menjangkakan kontrak itu dapat menyumbang secara positif kepada pendapatan serta meningkatkan perolehan kontrak kumpulan berkenaan.

— BERNAMA

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Share252ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

2 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

2 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In