• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, January 31, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Capital A Mahu Memanfaatkan Permintaan Untuk Penyelenggaraan Pesawat Di Asia

in Catalyst
A A
Unit Capital A Mahu Memanfaatkan Permintaan Untuk Penyelenggaraan Pesawat Di Asia

Gambar: newsroom.airasia.com

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KULAI, 18 Jan (Bernama) — Asia Digital Engineering (ADE), cabang kejuruteraan Capital A merancang memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat dalam pasaran penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di Asia, terutamanya dengan kemudahan MRO baharunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang akan beroperasi pada tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mahesh Kumar memberitahu pemberita selepas pelancaran kemudahan MRO di Senai di sini hari ini, bahawa ADE boleh memberi perkhidmatan kepada sehingga tujuh pesawat (tujuh barisan) pada satu-satu masa di tiga hangar MRO milik mereka di KLIA, Subang dan Senai pada masa ini.

“Kami merancang untuk membina satu lagi fasiliti yang besar. Ia akan beroperasi tahun hadapan. Ia boleh memeriksa sehingga 14 barisan pesawat pada satu-satu masa. Kami telah pun memulakan proses pembinaan.

Berkaitan

Airasia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

MAHB Catat 83.9 Juta Penumpang Pada 2022, Naik 59.4 Peratus

SCIB Tarik Diri Daripada Projek Hospital Pakar Di Johor Bahru

“Apabila siap, kami akan mempunyai 21 barisan secara keseluruhan. Pada pandangan kami, daripada tujuh hingga 21 barisan, ia menawarkan banyak peluang pertumbuhan,” katanya sambil menambah ADE menyediakan perkhidmatan kepada pesawat AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan lain.

Mahesh berkata terdapat permintaan untuk perkhidmatan MRO. Walaupun Singapura merupakan negara yang mendahului pasaran MRO pesawat di Asia Tenggara, republik itu mengalami pertumbuhan yang tidak stabil disebabkan ruang terhad dan kos yang meningkat.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan merasmikan pelancaran kemudahan MRO Senai. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes.

Hangar seluas 5,000 meter persegi, dibina di atas kawasan seluas 43.45 hektar di Zon Perindustrian Bebas Lapangan Terbang Senai adalah kemudahan MRO pertama di Taman Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan yang ketiga ADE.

— BERNAMA

Tags: AsiaAsia Digital EngineeringMROpesawatSingapura
Share202ShareSend

Related Posts

Saham AAX Jadi Tumpuan Susulan Berita Mengenai Pelan Pemulihan
Catalyst

Airasia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

1 day ago
Malaysia Airport MAHB
Catalyst

MAHB Catat 83.9 Juta Penumpang Pada 2022, Naik 59.4 Peratus

1 day ago
Anak Syarikat Sarawak Consolidated Industries Peroleh Kontrak Tiang Lampu Bernilai RM30.75 Juta
Catalyst

SCIB Tarik Diri Daripada Projek Hospital Pakar Di Johor Bahru

4 days ago
Unit Reservoir Link Peroleh Pesanan Pembelian Sistem Panel Solar Bernilai RM11.4 Juta
Catalyst

Unit Reservoir Link Peroleh Pesanan Pembelian Sistem Panel Solar Bernilai RM11.4 Juta

4 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In