fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 3, 2022
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Tuju Setia Bida Tender Projek Bernilai RM2.8 Bilion

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Tuju Setia Bida Tender Projek Bernilai RM2.8 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) — Syarikat perkhidmatan pembinaan, Tuju Setia Bhd sedang membida tender projek bernilai RM2.8 bilion bagi membina bangunan bertingkat tinggi dan perindustrian, serta hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan.

Pengarah Urusan, Wee Eng Kong berkata walaupun harga bahan binaan seperti keluli dan konkrit  lebih tinggi, namun masih banyak tender yang terus dilaksanakan untuk pembinaan bangunan penting seperti hartanah kediaman, hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan.

“Kepakaran kami adalah dalam membina bangunan bertingkat tinggi, terutama yang berada dalam lingkungan mampu milik hingga bangunan kediaman premium dan komersial yang terletak di kawasan strategik untuk memenuhi permintaan tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Berkaitan

PNB Akan Mula Tawar Akses Kepada Nasihat Kewangan, Perancangan Pada Kemasukan Asas Rendah

Majoriti Penduduk Setuju Projek Pembangunan Semula Flat PKNS RM1.2 Bilion Dilaksanakan

Zetrix MYEG, Xinhou BIF Bekerjasama Perkenal Perkhidmatan Berasaskan Rantaian Blok Ke Pasaran Antarabangsa

Nilai perolehan kontrak semasa Tuju Setia berjumlah RM1.5 bilion termasuk kontrak yang baru diperoleh bernilai RM257.0 juta bagi Jernih Residence di Kajang dan RM311.7 juta bagi Sunway d’hill Residence di Petaling Jaya.

Projek lain yang sedang dijalankan ialah suite pejabat Mutiara Central (Cheras), Riana Dutamas – Fasa 2 (Segambut), Lakefront Condominiums @ Emerald Hills (Cheras), TUAI Residence (Setia Alam), The Pulse Residence (Puchong), 121 Residence (Petaling Jaya), One Equine (Seri Kembangan) serta Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kajang.

Sementara itu, pemegang saham syarikat telah meluluskan dividen akhir sebanyak 0.5 sen sesaham berdasarkan prestasi tahun kewangan 2021, yang akan dibayar pada 20 Julai.

Jumlah pembayaran dividen bagi tahun kewangan 2021, termasuk dividen interim pertama sebanyak 0.5 sen yang dibayar pada 20 Jan, adalah RM3.2 juta atau 39.0 peratus daripada keuntungan bersih tahun kewangan 2021.

Ia melebihi dasar dividen Tuju Setia untuk mengagihkan 25 peratus daripada  keuntungan bersih tahunannya.

Wee berkata dalam melangkah maju, Tuju Setia akan berusaha ke arah mengekalkan operasi perniagaan dan menguruskan kewangan secara berhemat dalam tempoh super kitaran komoditi ini.

“Kami berharap dapat mengekalkan aktiviti pembinaan pada tahap optimum dan mengambil bahagian secara aktif dalam membida tender untuk mendapatkan projek baharu,” katanya.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

PNB Akan Mula Tawar Akses Kepada Nasihat Kewangan, Perancangan Pada Kemasukan Asas Rendah
Berita

PNB Akan Mula Tawar Akses Kepada Nasihat Kewangan, Perancangan Pada Kemasukan Asas Rendah

2 days ago
Majoriti Penduduk Setuju Projek Pembangunan Semula Flat PKNS RM1.2 Bilion Dilaksanakan
Berita

Majoriti Penduduk Setuju Projek Pembangunan Semula Flat PKNS RM1.2 Bilion Dilaksanakan

2 days ago
Zetrix MYEG, Xinhou BIF Bekerjasama Perkenal Perkhidmatan Berasaskan Rantaian Blok Ke Pasaran Antarabangsa
Berita

Zetrix MYEG, Xinhou BIF Bekerjasama Perkenal Perkhidmatan Berasaskan Rantaian Blok Ke Pasaran Antarabangsa

2 days ago
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Rendah
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In