• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, September 28, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Trend Menaik Kaunter Pembuat Sarung Tangan Bantu Bursa Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Sept  (Bernama) — Kaunter pembuat sarung tangan terutamanya Top Glove memacu dagangan di Bursa Malaysia untuk dibuka tinggi pagi ini.

Pada pukul 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.25 mata atau 0.35 peratus kepada 1,510.10 berbanding 1,504.85 ketika ditutup pada Jumaat petang.

Indeks utama dibuka 8.58 mata lebih tinggi pada 1,513.43 dan terus bergerak melepasi paras psikologi 1,500.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Jumlah dagangan ialah 603.73 juta saham bernilai RM574.34 juta.

Malacca Securities dalam notanya berkata FBM KLCI akan memantau secara dekat pergerakan kaunter bewajaran tinggi berkaitan sarung tangan.

Selain itu, keuntungan yang diraih di keseluruhan pasaran seberang laut akan memberikan sedikit kestabilan dalam tempoh terdekat ini.

“Tetapi kami tidak menolak kemungkinan situasi kemudahruapan dalam bergerak ke hadapan berikutan keadaan tidak menentu.

“Pada masa sama, terdapatnya sentimen positif untuk mencatatkan peningkatan dalam kalangan saham murah memandangkan para pelabur akan terus mencari keuntungan.

Pasaran saham AS terus yakin, dirangsang oleh kenaikan oleh Dow sebanyak 0.5 peratus kepada 27,665.64 pada Jumaat dengan keuntungan dibantu oleh data indeks harga pengguna yang lebih kukuh daripada jangkaan, meningkat 1.3 peratus pada Ogos  2020.

Sementara itu, pasaran saham serantau kebanyakannya tinggi pada Jumaat.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove melonjak sembilan peratus atau 68 sen kepada RM8.44, Hartalega naik 26 sen pada RM12.70, Sime Darby meningkat tujuh sen kepada RM2.34 dan Nestle naik RM1.70 pada RM140. 20.

Bagaimanapun, TNB turun 18 sen kepada RM11.24, Maybank jatuh lapan sen kepada RM7.37, IHH susut 10 sen kepada RM5.40 dan PetChem merosot enam sen kepada RM5.58.

Antara saham paling untung, Supermax naik 63 sen kepada RM8.13 sementara Kossan 38 sen lebih tinggi kepada RM11.06.

Kaunter paling cergas pula, Kanger meningkat 1.5 sen kepada 27.5 sen, Hiap Teck naik 2.5 sen kepada 20.5 sen dan XOX naik setengah sen kepada 20.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 58.69 mata kepada 10,810.17 dan Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 118.94 mata kepada 12,761.48.

FBM 70 melonjak 144.16 mata kepada 13,816.55, Indeks FBMT 100 meningkat 55.32 mata pada 10,628.86 dan FBM ACE melambung 164.47 mata kepada 10,640.34.

Mengikut sektor,  Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 48.63 mata kepada 12,616.82, Indeks Perladangan meningkat 13.19 mata kepada 7.021.07, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.28 mata kepada 135.06.

— BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In