• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Top Glove, Hartalega Heret Bursa Malaysia Ditutup Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan kebanyakan jualan melibatkan saham wajaran tinggi terpilih, didahului Top Glove dan Hartalega, dalam persekitaran bursa serantau yang bercampur-campur.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 3.85 mata lebih rendah kepada 1,560.74 daripada 1,564.59 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks utama dibuka rendah 2.60 mata kepada 1,561.94 dan berada antara 1,543.04 dan 1,567.55 sepanjang sesi.

Berkaitan

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

Top Glove merosot RM1.40 kepada RM22.42 dan Hartalega rendah 46 sen kepada RM15.56. Penyusutan kedua-dua saham itu menyebabkan indeks komposit rendah dengan gabungan 10.757 mata.

Menurut peniaga, pengeluar sarung tangan dalam keadaan tertekan berikutan spekulasi mengenai cukai keuntungan yang disebabkan keuntungan mereka yang luar biasa susulan pandemik COVID-19.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata sentimen itu turut dipengaruhi oleh data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan ketegangan Amerika Syarikat (AS)-China dengan fasa pertama perjanjian perdagangan itu telah ditangguhkan bagi membolehkan lebih banyak pembelian eksport AS di China.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 8.79 bilion saham bernilai RM4.95 bilion daripada 10.46 bilion saham bernilai RM5.15 bilion pada Jumaat.

Suasana pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 559 kepada 502, manakala 391 kaunter tidak berubah, 516 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok satu sen kepada RM7.81, namun Public Bank dan Tenaga masing-masing tidak berubah pada RM17.80 dan RM11.12.

Daripada saham paling aktif, Borneo Oil tidak berubah pada tujuh sen, XOX susut empat sen kepada 20 sen, Iris menokok 6.5 sen kepada 39.5 sen dan Lambo berkurangan setengah sen kepada lima sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas turun 36.78 mata kepada 11,107.75, Indeks FBM Emas Shariah rendah 73.6 mata kepada 12,841.58, Indeks FBMT 100 berkurangan 39.24 mata kepada 10,937.02 dan FBM 70 susut 98.84 mata kepada 14,027.01.

Bagaimanapun, FBM ACE meningkat 250.76 mata kepada 9,860.35.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 31.67 mata kepada 13,336.72, Indeks Perladangan meningkat 45.29 mata kepada 7,046.07, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menambah 1.97 mata kepada 141.11.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 4.75 bilion saham bernilai RM3.71 bilion berbanding 5.76 bilion saham bernilai RM3.89 bilion pada Jumaat.

Selain itu, jumlah dagangan waran berkurangan kepada 510.44 juta unit bernilai RM184.18 juta daripada 524.13 juta unit bernilai RM180.43 juta.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan jatuh kepada 3.53 bilion saham bernilai RM1.06 bilion daripada 4.17 bilion saham bernilai RM1.07 bilion.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 750.23 bilion saham didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (1.47 bilion), pembinaan (116.81 juta), teknologi (532.10 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (32.19 juta), hartanah (532.69 juta), perladangan (32.7 juta), REIT (11.04 juta), dana tertutup (6,000), tenaga (8.45 bilion), penjagaan kesihatan (119.63 juta), telekomunikasi dan media (202.39 juta), pengangkutan dan logistik (86.59 juta) serta utiliti (22.16 juta).

— BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

9 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi, Didorong Kegiatan Memburu Saham Murah Pagi Ini

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In