• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Top Glove Catat Kerugian Bersih RM168.24 Juta Pada Suku Pertama

in Saham
A A
Top Glove Catat Kerugian Bersih RM168.24 Juta Pada Suku Pertama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) merekodkan kerugian bersih sebanyak RM168.24 juta pada suku pertama berakhir 30 November 2022 berbanding keuntungan bersih RM185.72 juta pada suku pertama 2022 apabila volum jualannya berkurangan kira-kira 48 peratus tahun ke tahun disebabkan pelbagai cabaran.

Hasilnya juga merosot kepada RM632.53 juta daripada RM1.61 bilion sebelumnya.

“Prestasi kewangan yang kurang baik kerana ketidakseimbangan bekalan dan permintaan sarung tangan yang berlanjutan menyaksikan pelanggan menangguhkan aktiviti penyimpanan semula kerana mereka terus menghabiskan inventori sarung tangan sedia ada serta tidak membuat pesanan dengan segera berdasarkan kapasiti pengeluaran berlebihan dalam indsutri sarung tangan” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Sentimen Belian Lebih Baik

Selain itu, kumpulan itu terpaksa menghadapi persaingan yang semakin sengit terutamanya daripada pengeluar sarung tangan serantau menjadikan permintaan terhadap sarung tangan berkurangan. 

“Kami beroperasi dalam persekitaran cabaran yang melanda industri sejak enam bulan lepas, ia sudah pun dijangka akan berlaku apabila proses normalisasi akan memulihkan industri berkenaan kelak.

“Bagi mengharungi tempoh yang mencabar ini, keutamaan utama kami ialah memastikan kami beroperasi dengan cekap memandangkan penggunaan kapasiti yang lebih rendah, mengekalkan pengurusan kos yang berdisiplin dan menjimatkan wang tunai,” kata Pengarah Urusan Top Glove, Lim Cheong Guan.

Sementara itu, kumpulan itu menjangkakan memperoleh beberapa faedah daripada trend penurunan harga bahan mentah, purata harga pekat lateks asli telah merosot sebanyak tujuh peratus kepada RM4.73 sekilogram dan harga lateks nitril telah menurun sebanyak 49 peratus kepada US$0.91 (US$1=RM4.40) setiap kilogram tahun ke tahun.

Top Glove yakin prospek jangka panjang bagi industri sarung tangan kekal positif kerana permintaan sarung tangan terus berkembang sebanyak 10 peratus setiap tahun, dirangsang oleh peningkatan penggunaan sarung tangan dan kesedaran terhadap kebersihan pasca pandemik.

Bagaimanapun, ia menjangkakan persekitaran semasa yang mencabar akan berlanjutan sehingga tahun 2023.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Pra-Daftar PERCUMA Webinar Swing Trading Reloaded!

Tags: Bursa MalaysiaKeputusansarung tangan getahsuku pertamaTop Glove
Share204ShareSend

Related Posts

Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia
Saham

Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia

8 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Sentimen Belian Lebih Baik

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In