Utiliti boleh dipecahkan kepada beberapa sub-sektor contohnya seperti elektrik, gas, air, dan pelbagai tenaga boleh diperbaharui. Sebagai sebuah negara yang besar, Amerika Syarikat memerlukan tenaga yang banyak setiap hari.
Sektor utiliti boleh dianggap sebagai sektor defensif kerana utiliti merupakan perkara asas yang diperlukan setiap hari.
Syarikat utiliti kebiasaannya mempunyai pendapatan yang kukuh kerana penggunaan orang ramai terhadap elektrik, air, gas dan sebagainya.
Top 5 saham patuh syariah sektor utiliti Wall Street paling untung 2021 adalah seperti berikut.
1. ZURN WATER SOLUTIONS (ZWS)
Sumber: Zurn
Zurn Water Solutions membekalkan rangkaian penyelesaian sistem air untuk melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar.
Kepakaran Zurn adalah :
- Kawalan & Keselamatan air
- Kebersihan & Alam Sekitar
- Sistem Aliran
Sumber: Zurnwatersolutions
2. ARCHAEA ENERGY INC (LFG)
Sumber: Pexels / Archaea Energy
Archaea Energy ialah satu pengeluar gas asli boleh diperbaharui terbesar di Amerika Syarikat. Syarikat ini merupakan peneraju dalam industri tenaga boleh diperbaharui dan mempunyai kepakaran dalam membangunkan, membina dan mengendalikan fasiliti tenaga boleh diperbaharui.
3. MIDDLESEX WATER COMPANY (MSEX)
Middlesex Water Company diperbadankan pada tahun 1897 sebagai syarikat utiliti air yang menyediakan servis merawat sisa air di New Jersey dan Delaware. Middlesex Water terlibat dalam pengumpulan, merawat, mengedar dan menjual air untuk kegunaan domestik, komersial, bandar, industri dan perlindungan kebakaran.
4. AMERICAN STATES WATER COMPANY (AWR)
American States Water Company ialah sebuah syarikat utiliti air dan elektrik Amerika. Ia diasaskan pada tahun 1929 dan beribu pejabat di San Dimas, California.
Syarikat itu mempunyai kontrak penswastaan selama 50 tahun dengan kerajaan Amerika sebagai kontraktor kerajaan untuk perkhidmatan sistem air negara tersebut.
5. PURE CYCLE CORPORATION (PCYO)
Pure Cycle Corporation ialah penyedia perkhidmatan utiliti air dan syarikat pembangunan tanah. Secara terasnya, syarikat ini adalah penyedia perkhidmatan utiliti air dan air kumbahan yang inovatif dan bersepadu. Di samping itu, mereka juga memiliki hak terhadap air di kawasan yang kekurangan air.

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet