Teknologi merupakan industri yang akan sentiasa berkembang pesat setiap tahun. Lihat sahaja perkembangan teknologi telefon sepanjang 10 tahun terkini. Dahulu hanya telefon bimbit yang ada di pasaran tetapi kini ia telah berkembang menjadi telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi.
Sektor teknologi pula boleh dipecahkan mengikut pelbagai sub sektor contohnya seperti servis digital, semikonduktor, perisian, peralatan teknologi dan banyak lagi.
Saham-saham teknologi Wall Street kebanyakannya didagangkan di Indeks Nasdaq Composite.
Baca : Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Mari kita lihat Top 5 saham patuh syariah sektor teknologi Wall Street paling untung 2021.
1. AEHR TEST SYSTEMS (AEHR)
Sumber: AEHR
AEHR Test Systems membangunkan, mengeluarkan dan menjual sistem yang direka khas untuk mengurangkan kos pengujian Dynamic Random Access Memory dan peranti memori yang lain.
Antara produk yang dikeluarkan oleh AEHR adalah wafer level, die level, packaged parts dan system level.
Produk-produknya pula digunakan dalam pasaran seperti :
- Automotif
- Telefon mudah alih
- Silikon Fotonik
- Memori dan Logik
Sumber: AEHR
2. FOCUS UNIVERSAL INC (FCUV)
Sumber: Focus Universal
Focus Universal Inc ialah penyedia teknologi reka bentuk perkakasan dan perisian yang dipatenkan untuk Internet of Things (IoT) dan telekomunikasi 5G.
Syarikat tersebut mengendalikan fasiliti R&D dan gudang di Ontario, Kanada yang dimiliki oleh syarikat.
3. IPSIDY INC (AUID)
Sumber: Biometric Update
Ipsidy Inc merupakan penyedia platform yang menyampaikan set penyelesaian identiti biometrik yang selamat dan mudah alih. Syarikat itu menyediakan perkhidmatan pengesahan identiti yang selamat, biometrik dan pengesahan transaksi elektronik.
Firma itu telah membangunkan platform IDaaS untuk perniagaan, kediaman, kerajaan atau organisasi lain.
4. CLEARFIELD INC (CLFD)
Sumber: Linkedin
Clearfield Inc mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan produk pengurusan gentian optik, membantu penyedia perkhidmatan mengurangkan kos tinggi.
Berdasarkan Clearview Cassette yang telah dipatenkan, platform pengurusan gentian modular arkitek tunggal syarikat ini direka untuk mengurangkan kos penggunaan dan penyelenggaraan jalur lebar.
5. WAVEDANCER INC (WAVD)
Wavedancer Inc sebelum ini dikenali sebagai Information Analysis Incorporated terlibat dalam perniagaan membangunkan dan menyelenggara sistem teknologi maklumat (IT), memodenkan sistem maklumat pelanggan dan melaksanakan perkhidmatan profesional berkaitan teknologi maklumat.
Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!
Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.
Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.
Kelas premium 3 hari ini yurannya ribu-ribu di luar sana.
Tetapi jangan risau, yuran komitmen kami telah terbukti antara yang terendah di pasaran. Ramai terkejut dan susah nak percaya.

Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik nanti. Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Senang Saham