fbpx
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
Friday, March 5, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Global

Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Untung Di S&P 500 Tahun 2020

by Hazim Rosman
13/01/2021
in Global
7 min read
Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Untung Di S&P 500 Tahun 2020

Berkaitan

Bagaimana Bilis Tewaskan Jerung Di Wall Street

8 Fakta Menarik Tentang Intel Corporation (INTC)

Top 5 Saham Sektor Teknologi Patuh Syariah Yang Paling Untung Di Wall Street

Indeks S&P 500 atau nama penuhnya indeks Standard & Poor’s 500 adalah indeks yang menghimpunkan 500 saham syarikat Amerika Syarikat yang mempunyai modal pasaran terbesar dan menepati beberapa kriteria lain yang ditetapkan oleh S&P.  Indeks S&P 500, Dow jones Industrial Average (Dow 30) dan Indeks Russell 2000 merupakan indeks selalunya dijadikan penanda aras kepada pasaran saham Amerika Syarikat.

Mari kita lihat lima daripada 10 saham patuh syariah yang paling untung yang tersenanrai di S&P 500 pada tahun 2020.

1. Tesla Inc (TSLA)

Tesla Inc merupakan syarikat yang membuat kenderaan elektrik popular di dunia. Tesla terlibat dalam mereka bentuk, pembangunan dan pembuatan kenderaan elektrik di serata dunia. Syarikat ini juga terlibat dalam pemasangan sistem solar dan jana kuasa yang berasakan tenaga solar. Selain daripada itu, Tesla juga terlibat dalam segmen automotif, penjanaan tenaga dan penyimpanan tenaga boleh ubah.

Berdasarkan carta saham Tesla ini, saham ini membuat fasa uptrend sejak daripada pertengahan bulan Mac 2020 sehingga kini. Harga saham pada 2 Januari 2020 adalah sekitar USD86.05 seunit dan telah membuat kenaikan sebanyak 720% dalam tempoh setahun menjadi USD705.67 seunit.

Saham Tesla ini dilihat mendapat minat belian yang berterusan sehingga ke hari ini. Ini telah menyebabkan Elon Musk kini menjadi orang terkaya dunia, mengatasi Jeff Bezos.

Saham syarikat Tesla Inc merupakan saham yang patuh syariah mengikut saringan yang telah dibuat oleh pihak Islamicly. Syarikat ini memenuhi kesemua kriteria yang ditetapkan oleh Islamicly sebagai saham patuh syariah.

2. Etsy Inc (ETSY)

Etsy merupakan syarikat yang menghubungkan manusia secara atas dan luar talian untuk melakukan urusniaga. Syarikat ini menawarkan rangkaian servis kepada usahawan kecil untuk mengembangkan dan menguruskan perniagaan mereka dengan lebih teratur. Platform Etsy ini telah menghubungkan 1.7 juta penjual Etsy sellers dengan 28.6 juta pembeli Etsy buyers.

Saham Etsy ini mula mendapat perhatian para pelabur pada awal bulan April 2020 sehingga ke hari ini. Pergerakan harga saham ini dilihat sedang membuat fasa uptrend yang sihat dan dijangka dengan norma baru yang kita amalkan, Etsy akan terus menerima impak positif daripada keadaan semasa.

Harga saham ini pada 2 Januari 2020 hanyalah sekitar USD45.19 seunit dan telah meningkat sebanyak 293% menjadi USD177.91 seunit pada akhir tahun 2020.

3. NVIDIA Corporation (NVDA)

Nvidia Corporation (NVDA) merupakan syarikat di dalam industri perkakas komputer. Syarikat ini fokus kepada penghasilan grafik komputer persendirian, graphics processing unit (GPU) dan juga artificial intelligence (AI). Syarikat ini beroperasi melalui dua segmen yang berbeza iaitu segmen GPU and segmen Tegra Processor.

Pergerakan harga saham NVDIA ini mendapat perhatian pelabur pada pertengahan bulan Mac 2020 sehingga Oktober 2020. Harga saham NVDIA bermula dengan USD240.33 seunit pada awal Januari 2020 dan telah meningkat kepada USD522.2 seunit pada 31 Disember 2020. Memang power, ianya telah mencatatkan kenaikan sebanyak 117.28% dalam tempoh setahun.

Fasa aliran saham NVDIA dilihat bertukar daripada uptrend kepada sideways bermula Oktober 2020 sehingga ke hari ini. Jika harga saham ini berjaya memecahkan paras ringtangan terdekat sekitar USD539, harga saham dilihat mempunyai potensi untuk naik lebih tinggi lagi.

Islamicly juga telah memberikan status patuh syariah untuk saham syarikat NVDIA syarikat ini selepas semua saringan patuh syariah yang ditetapkan.

4. ABIOMED Inc (ABMD)

Abiomed Inc merupakan syarikat yang membekalkan alat sokongan dan bantuan penafasan sementara, terutamanya kepada pesakit jantung.  Syarikat ini terlibat dalam beberapa segmen seperti pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta jualan alatan kesihatan yang berkaitan penyakit jantung. Alatan yang dikeluarkan syarikat ini digunapakai oleh pakar pedah jantung dan pakar kardiologi di seluruh dunia.

Saham ABIOMED Inc bermula pada paras USD168.81 seunit pada 2 Januari 2020 dan meningkat sebanyak 92% menjadi USD324.2 seunit pada akhir tahun 2020. Jika kita rujuk kepada carta di atas, minat belian terhadap kaunter ini bermula pada awal bulan April 2020 sehingga September 2020 sebelum harga saham ini membuat pembetulan dan mengubah fasa aliran daripada uptrend kepada sideways.

Pada penghujung tahun 2020, kaunter saham ini mula mendapat sambutan dan mematahkan garisan rintangan yang kuat pada paras USD316.73.

Sama seperti saham-saham lain di atas, Islamicly telah mendapati bahawa ABIOMED Inc memenuhi kriteria saham patuh syariah yang ditetapkan.

5. Cadence Design System Inc (CDNS)

Cadence Design Systems Inc menyediakan kemudahan yang membolehkan pelanggan mereka untuk mereka bentuk produk eletronik mereka sendiri. Di antara produk-produk syarikat ini adalah Functional Verification, Digital Integrated Circuits (IC) Design Verification dan lain-lain lagi. Setiap daripada produk daripada Cadence Design System ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan boleh mengikut reka bentuk yang dikehendaki oleh pelanggan mereka.

Saham Cadence Design System ini sedang membuat fasa aliran uptrend yang sihat bermula pada bulan April 2020 sehingga ke hari ini. Harga saham ini bermula pada paras USD71.44 seunit pada 2 Januari 2020, dan telah meningkat sebanyak 90.97% menjadi USD136.43 seunit pada akhir tahun 2020.

Saham Cadence Design Systems Inc ini juga memenuhi kriteria patuh syariah yang ditetapkan oleh Islamicly dan oleh itu, saham Cadence merupakan salah sebuah saham patuh syariah yang tersenarai di S&P 500.

Berikut adalah 10 senarai kaunter saham patuh syariah paling untung di S&P 500 pada tahun 2020.

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street? Terlepas sesi Wall Street yang pertama tahun lepas?

Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!

Ini adalah kelas intensif.

Bila tu?

Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM

Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet


Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB

Related Posts

Bagaimana Bilis Tewaskan Jerung Di Wall Street
Global

Bagaimana Bilis Tewaskan Jerung Di Wall Street

02/02/2021
8 Fakta Menarik Tentang Intel Corporation (INTC)
Global

8 Fakta Menarik Tentang Intel Corporation (INTC)

01/02/2021
Top 5 Saham Sektor Teknologi Patuh Syariah Yang Paling Untung Di Wall Street
Global

Top 5 Saham Sektor Teknologi Patuh Syariah Yang Paling Untung Di Wall Street

26/01/2021
Perhati Rapat Saham NIO dan NVIDIA
Global

Perhati Rapat Saham NIO dan NVIDIA

26/01/2021
Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Industri Paling Untung Di Wall Street Tahun 2020
Global

Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Industri Paling Untung Di Wall Street Tahun 2020

19/01/2021
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?