Nasdaq merupakan indeks pasaran saham global yang menghimpunkan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan teknologi di seluruh dunia. Indeks Nasdaq ini dicipta oleh National Association Of Securities Dealers (NASD) pada tahun 1970 untuk membolehkan orang ramai berdagang dengan lebih sistematik. Nasdaq telah memperkenalkan sistem berkomputer untuk meningkatkan kecekapan perdagangan saham pada ketika itu.
Terdapat lebih daripada 3,000 saham syarikat yang terlibat dalam teknologi dan bioteknologi di seluruh dunia tersenarai di Indeks Nasdaq ini, termasuklah Apple, Google, Microsoft, Oracle, Amazon dan Intel.
Mari kita lihat lima daripada 10 saham patuh syariah paling untung di pasaran Nasdaq bagi tahun 2020.
1. Bit Digital Inc (BTBT)
Bit Digital Inc yang dulunya dikenali sebagai Golden Bull Ltd, merupakan syarikat yang terlibat dalam perlombongan Bitcoin dan mempunyai fasiliti melombong bitcoin di Wuhai, Zhundong, Xilinhot dan Sichuan di China.
Kepada yang belum tahu, ini bukan melombong macam dulu-dulu. Melombong Bitcoin perlu menggunakan mesin/komputer yang direka khas. Komputer khas inilah dipanggil sebagai pelombong. Mengikut laman web Bit Digital, buat masa ini mereka memiliki sebanyak 40,865 mesin pelombong.
Syarikat ini juga terlibat dalam menawarkan perkhidmatan sewa kereta di atas talian yang memudahkan penyewa dan pemilik kenderaan berurus niaga.
Carta teknikal menunjukan harga saham Bit Digital ini melonjak pada peghujung bulan Disember 2020 seiring dengan kenaikan harga Bitcoin pada ketika itu. Harga saham ini pada 4 November 2019 adalah sekitar USD0.40 dan meningkat sebanyak 5,382% menjadi USD21.91 seunit.
Menurut saringan Islamicly, Bit Digital Inc memenuhi kriteria saham patuh syariah yang ditetapkan. Oleh itu, pihak islamicly telah menetapkan bahawa saham ini adalah patuh syariah.
2. Blink Charging Co (BLNK)
Blink Charging Co dulunya dikenali sebagai Car Charging Group Inc adalah merupakan operator dan penyedia peralatan pengecas kenderaan elektrik. Syarikat ini menyediakan kemudahan untuk mengecas di kawasan perumahan dan juga kawasan komersial bagi memudahkan pemandu kenderaan elektronik mengecas kenderaan mereka di merata tempat.
Kenaikan harga saham Blink Charging Co ini seiring dengan kemenangan Joe Biden sebagai presiden baru Amerika Syarikat dalam Pilihanraya Presiden baru-baru ini. Harga Blink pada 2 Januari 2020 hanyalah sekitar USD1.89 dan ianya telah meningkat sebanyak 2,161% kepada USD42.74 seunit pada akhir tahun 2020. Kenaikan yang drastik adalah pada bulan November 2020 dan kenaikan tersebut diteruskan sehingga hujung tahun 2020.
Islamicly juga telah merumuskan saham syarikat Blink Charging Co ini sebagai saham yang patuh syariah dan melepasi semua saringan yang telah ditetapkan.
3. Beam Global (BEEM)
Beam Global yang dulunya dikenali sebagai Envision Solar International Inc, merupakan syarikat yang mencipta, mereka bentuk dan membuat produk yang berasaskan solar dan produk berkaitan dengan teknologi hijau seperti pengecas kenderaan elektrik. Fokus syarikat ini adalah untuk mencipta paltform tenaga boleh ubah untuk pengecas kenderaan elektronik, pengecas dron dan juga papan iklan elektronik.
Sama dengan saham Blink Charging Co tadi, saham Beam Global ini mula mendapat perhatian pelabur pada November 2020 seiring dengan kemenangan presiden Joe Biden pada Pilihanraya Amerika Syarikat pada ketika itu. Saham Beam Global ini hanyalah berharga USD4.57 seunit pada 2 Januari 2020 dan meningkat sebanyak 1,514.44% menjadi USD73.78 seunit.
Saham Beam Global ini juga merupakan saham yang patuh syariah mengikut saringan yang telah dibuat oleh pihak Islamicly.
4. Genprex Inc (GNPX)
Genprex Inc merupakan syarikat yang menjalankan ujian genetik secara klinikal. Syarikat ini tertumpu kepada pembangunan rawatan barah dengan teknologi terbaru dan juga rawatan immunogene. Syarikat ini menjalankan kajian dan mempunyai lesen daripada The University of Texas Mad Anderson Cancer Center (MD Anderson). Lesen ujian pra-klinikal terhadap gen yang mempunyai potensi merawat penyakit diabetes peringkat satu dan dua pula diperolehi daripada University Of Pittsburgh.
Saham syarikat Genprex Inc ini dipercayai menerima tempias daripada penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia pada tahun 2020. Harga saham ini pada 2 Januari 2020 adalah sekitar USD0.31 seunit dan meningkat sebanyak 1,237% menjadi USD4.15 seunit.
Saham Genprex juga lepas kesemua saringan yang ditetapkan oleh pihak Islamicly dan menjadikan Genprex sebagai saham yang patuh syariah.
5. Veritone Inc (VERI)
Veritone Inc merupakan syarikat yang membangunkan platform artificial intelligence (AI). Paltform yang disediakan oleh Veritone Inc memudahkan penyusunan data-data daripada audio dan video secara automatik dengan kepintaran AI yang ada. Platform cloud yang disediakan juga memudahkan pengguna mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
Harga saham Veritone bermula pada harga USD2.53 pada 2 Januari 2020 dan telah meningkat sebanyak 1,024% untuk ditutup pada paras USD28.45 pada 31 Disember 2020. Minat belian yang kuat dilihat bermula pada penghujung November selepas carta menunjukan pergerakkan harga Veritone berjaya mematahkan downtrend line (BDTL) dan mengubah arah aliran sehingga hujung tahun 2020.
Sama seperti saham yang lain, Veritone juga merupakan saham yang patuh syariah menurut saringan daripada pihak Islamicly. Saham syarikat ini berjaya melepasi semua saringan yang telah ditetapkan oleh pihak Islamicly.
Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.
Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?
Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%
Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je.
Teringin nak explore pasaran saham Wall Street? Terlepas sesi Wall Street yang pertama tahun lepas?
Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!
Ini adalah kelas intensif.
Bila tu?
Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM
Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET
1. LEARN A WINNING SYSTEM
• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”
2. PROVEN FUNDAMENTAL
3. READ CHART LIKE A PRO
4. PLATFORM
• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US
5. SCREENER
6. PORTFOLIO MANAGEMENT
7. SENTIMEN
8. SAHAM KAJIAN
9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST
Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…
“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”
“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”
“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”
Speaker dah power, modul pun power.
InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.
Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik: