Tahukah anda pada 22 Februari 2024 yang lalu, saham NVIDIA telah melakar sejarah di Wall Street?
NVIDIA berjaya naik sebanyak 16.4% dan ditutup pada rekod harga tertingginya pada 22 Februari 2024. Ia berjaya menambah modal pasaran (Market Cap) sebanyak AS$273 bilion hanya dalam tempoh sehari. Itulah rekod yang berjaya ditempa di Wall Street seperti yang disebut tadi.
Peningkatan sebanyak AS$273 bilion merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan di Wall Street.
Jika dilihat pada carta Daily Timeframe, NVIDIA berjaya membuat gap up sebaik sahaja pasaran dibuka menandakan minat belian yang sangat tinggi bagi saham tersebut.
Apa Yang Menyebabkan Saham NVIDIA Naik Banyak?
Pertumbuhan yang mengagumkan itu didorong oleh laporan pendapatan syarikat yang kukuh, yang mengatasi jangkaan penganalisis dan mengesahkan penguasaannya dalam pasaran cip kecerdasan buatan (AI) yang berkembang pesat.
NVIDIA melaporkan pendapatan bersih AS$12.3 bilion semasa suku pertama 2024, berbanding USD1.41 bilion daripada suku yang sama tahun lepas. Hasil juga meningkat 265% daripada tahun lepas, sebahagian besarnya didorong oleh permintaan untuk cip AInya seperti GPU Tensor Core H100.
Tinjauan positif dari NVIDIA mendorong broker meningkatkan harga sasaran bagi saham ini. JPMorgan menaikkan sasaran harganya pada saham NVIDIA daripada AS$650 kepada AS$850, manakala Bank of America Global Research menaikkan sasarannya daripada AS$800 kepada AS$925.
Top 10 Kenaikan Market Cap Dalam Sehari
Kesemua 10 kenaikan modal pasaran (Market Cap) tertinggi di atas bermula pada tahun 2020 sehingga kini. Tahun 2022 menyaksikan empat kali rekod tersebut dipecahkan, sekali oleh Amazon dan tiga kali oleh Apple.
Info menarik mengenai infografik di atas adalah, hanya lima syarikat yang mengungguli carta tersebut dan kesemuanya adalah syarikat daripada Amerika Syarikat.
Antara lima buah syarikat tersebut adalah NVIDIA, Meta, Apple, Amazon dan Microsoft.
Rekod sebelum ini dipegang oleh META yang dicatat pada 2 Februari 2024 namun hanya bertahan selama 20 hari. Kenaikan modal pasaran pada hari tersebut direkodkan pada AS$196.8 bilion.
Kenaikan menakjubkan tersebut juga disebabkan adalah pendapatan suku tahunan yang kukuh, pembelian semula saham META sebanyak USD50 bilion serta pembayaran dividen yang pertamanya.
Selepas ini, adakah kita bakal menyaksikan rekod baru bakal dicatatkan? Dengan kerancakan pasaran saham global kini, tidak mustahil untuk kita menyaksikan rekod baru bakal ditempa tidak lama lagi.
Ini juga peluang kepada semua orang untuk mula melabur di pasaran saham global. Pastikan anda sudah mempunyai akaun CDS dan mula melabur dalam pasaran saham global sekarang.
Nak Buka Akaun CDS Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 10 Perkara Mengenai Saham Coca-Cola dan Pepsi Yang Anda Kena Tahu
- Sifu Kami Untung Lebih 30% Dalam Masa Seminggu Di Wall Street
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.
Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street