• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, September 28, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TM Lepasi Sasaran Pelaksanaan Infrastruktur Jalur Lebar Jendela 2020

in Catalyst
A A
TM Lepasi Sasaran Pelaksanaan Infrastruktur Jalur Lebar Jendela 2020

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Telekom Malaysia Bhd (TM) telah melepasi sasaran yang ditetapkan di bawah Pelan Infrastruktur Digital Nasional (JENDELA) untuk penggunaan infrastruktur jalur lebar tetap dengan mencapai sebanyak 124 peratus daripada keseluruhan premis untuk tahun 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Imri Mokhtar berkata TM telah berjaya memasang infrastruktur jalur lebar tetap ke 272,185 premis di seluruh negara pada 9 Disember, 2020.

“Kami sekarang teruja untuk meneruskan pelan pelaksanaan kami bagi menyokong pelan tindakan JENDELA untuk mencapai sasaran bagi tahun 2021 dengan 300.000 premis lagi akan dilengkapi jalur lebar pada separuh pertama tahun ini,” katanya kepada Bernama selepas muncul sebagai tetamu di rancangan bual bicara Bernama TV ‘The Nation’, hari ini.

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

Imri berkata TM komited untuk meningkatkan liputan jalur lebar di bawah inisiatif JENDELA dengan 7.5 juta premis di seluruh negara dijangka akan dilengkapi jalur lebar tetap pada akhir tahun 2022.

Katanya, TM telah menyediakan sambungan jalur lebar gentian optik kepada kira-kira lima juta premis di seluruh negara ini dengan 2.5 juta lagi premis dijangka akan dilengkapi jalur lebar dalam tempoh dua tahun akan datang.

“TM juga bersedia untuk meneroka pelbagai teknologi alternatif yang kos efektif untuk menyediakan sambungan internet kepada 1.5 juta premis lain yang telah dikenal pasti sebagai kawasan jurang (kawasan tiada liputan),” tambahnya.

Sementara itu, Imri berkata TM fokus bagi membangunkan asa yang kukuh dengan mengutamakan infrastruktur jalur lebar tetap negara dan rangkaian generasi keempat (4G) sebelum Malaysia beralih ke teknologi generasi kelima (5G).

“Apabila kami membangunkan mudah tapak mudah alih 5G kelak, tapak berkenaan perlu dihubungkan dengan gentian optik kerana ia akan melengkapkan usaha kami dan menempatkan Malaysia dalam kedudukan yang lebih mantap ketika kita bergerak maju beralih ke teknologi 5G,” katanya.

Imri berkata TM juga bersedia untuk membangunkan infrastruktur gentian optik di seluruh negara untuk menyokong pelaksanaan JENDELA dan mempersiapkan pelaksanaan 5G di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

. “Dalam perkara berkaitan evolusi teknologi dan juga pelaburan, ia harus menjadi penyelesaian yang sesuai dan kami tidak mahu TM melabur terhadapnya terlalu cepat.

“Sesuai dengan permintaan pasaran, Malaysia tidak akan menjadi kurang kompetitif dalam kemajuan teknologi ketika kita menuju ke arah Malaysia yang lebih digital,” katanya.

— BERNAMA

Share257ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

3 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

3 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

3 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In