• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TM Berkerjasama Dengan Institusi Kewangan Untuk Memacu Prestasi Vendor

in Catalyst
A A
TM Berkerjasama Dengan Institusi Kewangan Untuk Memacu Prestasi Vendor

Sumber Gambar : Website TM

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 September (Bernama) — Telekom Malaysia Bhd (TM) telah berkerjasama dengan 14 institusi kewangan bagi mewujudkan program kewangan vendor bagi memacu pertumbuhan perniagaan. 

Pengerusi TM, Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata program pembiayaan vendor TM atau Perintis bertujuan untuk memacu transformasi vendor menerusi program-program peningkatan kemahiran dan pembangunan berterusan. 

“TM akan terus menyokong dan membangunkan usahawan tempatan terutamanya dalam ekonomi baharu dan seterusnya menyokong Revolusi Perindustrian 4.0 ke arah memastikan pertumbuhan dan kelestarian perniagaan,” katanya kepada media selepas menandatangani memorandum persefahaman bersama institusi kewangan berkenaan. 

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. 

Tambah Mohd Bakke lagi, institusi kewangan yang terpilih ini akan menyediakan  pembiayaan dan rundingan untuk vendor tempatan TM pada kadar kompetetif iaitu tiga ke empat peratus setahun. 

Institusi kewangan yang telah memeterai memorandum tersebut ialah Bank Islam, Maybank Islamic, CIMB Bank, Bank Muamalat, RHB Islamic, United Overseas Bank, HSBC Bank Malaysia, SME Bank, Bank Rakyat, PUNB, PNB Tijari, Bay Group, Commenze Capital dan El-Nuwr Capital. 

Di bawah program ini, vendor-vendor akan mendapat pakej pembiayaan yang komprehensif merangkumi kesemua peringkat dan saiz perniagaan termasuk mereka yang mempunyai sub-kontraktor dengan nilai pembiayaan sehingga RM10 juta bergantung kepada kontrak yang diperoleh daripada TM.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Imri Mokhtar berkata TM mempunyai kira-kira 9,000 vendor dan 80 peratus daripadanya ialah perusahaan kecil dan sederhana, yang mana, rata-rata mereka akan mendapat manfaat daripada usahasama ini. 

Tambahnya lagi, dari 2014 hingga 2019; sejumlah RM9.5 billion telah dikeluarkan oleh TM kepada vendor-vendor mereka.

— BERNAMA

Share223ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

2 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

2 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In