• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 5, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Time Dotcom Catat Untung Bersih Suku Kedua RM2.264 Bilion Hasil Penutupan AIMS

in Catalyst
A A
Time Dotcom Catat Untung Bersih Suku Kedua RM2.264 Bilion Hasil Penutupan AIMS
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Time Dotcom Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersih kepada RM2.264 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2023  berbanding RM118.28 juta pada suku yang sama tahun lepas berikutan hasil yang diperoleh daripada perniagaan Pusat Data AIMS.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan telekomunikasi itu berkata keuntungan yang diperoleh daripada penutupan perkongsian strategik yang berkaitan AIMS bernilai RM2.262 bilion.

Bagi hasilnya pula, Time Dotcom berkata ia meningkat sedikit kepada RM389.20 juta daripada RM351.44 juta sebelumnya.

Berkaitan

Anak Syarikat Eita Peroleh Kontrak RM56.31 Juta Daripada TNB

Axiata Muktamadkan Penjualan Ncell, Tidak Lagi Beroperasi Di Nepal

MoU Cypark-Masdar Akan Tingkatkan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui

“Kumpulan gembira dengan prestasi bagi separuh pertama 2023 dan yakin keputusan strategik yang kami buat akan terus membuahkan hasil untuk kumpulan dalam jangka masa panjang.

“Bagaimanapun, kami tetap berwaspada dan terus memerhatikan keadaan luaran yang mungkin memberi kesan kepada perniagaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Afzal Abdul Rahim.

Kumpulan itu turut mengisytiharkan dividen satu peringkat sebanyak 16.25 sen sesaham biasa, yang dibayar pada 15 Sept, 2023.

Melangkah ke hadapan, kumpulan itu berkata ia komited untuk melabur dalam rangkaiannya, termasuklah mengembangkan jejak liputannya di samping meningkatkan kecemerlangan operasi bagi menyampaikan kebolehpercayaan rangkaian yang tinggi, ketersediaan dan keselamatan pada tahap tertinggi untuk pengalaman pelanggan.

Selain itu, kumpulan tersebut akan terus memperhalusi strateginya dalam mendapatkan peluang bagi mengukuhkan kedudukannya di seluruh segmen pelanggan runcit, perusahaan dan borong, katanya.

“Kumpulan kekal prihatin terhadap cabaran dalam operasi dan luaran yang mungkin memberi impak kepada perniagaan.

“Kumpulan dalam memantau perkara yang sama akan terus menjalankan inisiatif pengurangan risiko dan pengurusan kos untuk memastikan prestasinya yang mampan,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: Afzal Abdul RahimAIMStelekomunikasiTime
Share216ShareSend

Related Posts

Anak Syarikat Eita Peroleh Kontrak RM56.31 Juta Daripada TNB
Catalyst

Anak Syarikat Eita Peroleh Kontrak RM56.31 Juta Daripada TNB

12 hours ago
Axiata, Touch Group Mahu Teroka Sinergi Memperkukuh Syarikat Telekomunikasi, Infrastruktur ICT
Catalyst

Axiata Muktamadkan Penjualan Ncell, Tidak Lagi Beroperasi Di Nepal

1 day ago
Cypark Cadang Penempatan Saham Untuk Kumpul Rm73.4 Juta
Catalyst

MoU Cypark-Masdar Akan Tingkatkan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui

1 day ago
Capital A Minta Tempoh Lanjutan Kemuka Pelan Penyusunan Semula Muktamad Tangani Status PN17
Catalyst

Capital A Kurangkan Kerugian Bersih Suku Ketiga Kepada RM178.82 Juta

4 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In