Tenaga Nasional Berhad (TNB) beroperasi sebagai sebuah syarikat penyedia utiliti elektrik di Malaysia. Syarikat ini terlibat dalam penghasilan, pengedaran dan penjualan tenaga elektrik, serta penyediaan perkhidmatan lain yang berkaitan. TNB membekalkan elektrik terutamanya kepada sektor industri, komersial, perumahan dan pengangkutan.
Sumber: TNB
Sumber: malaysiastock.biz
Tenaga mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM821.5 juta bagi suku kedua 2021. Walaupun terdapat penurunan jika dibandingkan dengan suku tahunan sebelumnya, tetapi prestasi yang dicatatkan bagi suku kedua 2021 adalah lebih baik berbanding suku yang sama pada tahun 2020. Peningkatan ini adalah sebanyak 26%.
Perolehan Tenaga turut meningkat kepada RM12.44 bilion daripada RM10.89 bilion pada tahun lalu. Peningkatan perolehan ini adalah hasil daripada peningkatan dalam penggunaan elektrik pelanggan komersial dan industri. Hal ini kerana, beberapa jenis perniagaan telah dibenarkan untuk beroperasi berbanding penutupan operasi penuh pada tahun lalu.
Perolehan yang tinggi pula sudah tentu akan menyumbang kepada keuntungan syarikat.
Sumber:malaysiastock.biz
Kali terakhir Tenaga mengagihkan dividen adalah pada April 2021 yang lalu. Dua jenis dividen yang diagihkan iaitu final dividend dan special dividend. Berdasarkan rekod, Tenaga sentiasa mengagihkan dividen secara konsisten setiap tahun.
Meskipun berdepan dengan situasi yang sukar, TNB tetap meneruskan polisi dividennya dan mengumumkan akan mengagihkan sebanyak RM1.26 bilion dividen yang mana setiap pemegang saham akan menerima dividen sebanyak 22 sen.
Sumber : Laporan Kewangan Tenaga
Sumber: Bursa Market Place
Pemegang utama saham Tenaga terdiri daripada pelabur institusi kesemuanya. Khazanah Nasional Berhad muncul sebagai pemegang saham terbesar dengan memegang sebanyak 25.59% saham Tenaga.
Prospek
Setakat ini, ekonomi Malaysia adalah lebih baik pada suku kedua dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 16.1% berbanding -0.5% pada suku pertama. Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan permintaan dan prestasi eksport yang baik.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia konsisten dengan pertumbuhan permintaan yang direkodkan TNB iaitu sebanyak 4.4% untuk separuh tahun pertama 2021 didorong pemulihan bagi sektor industri. Walaupun sedang menghadapi kemelut ini, kumpulan syarikat akan terus mengambil langkah berhemah dalam operasi dan kewangan syarikat untuk memastikan syarikat terus kekal bertahan.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!