“Masa tengah murah takut nak masuk, masa dah naik pun takut juga nak masuk”
Pada 24 Oktober 2023, kami ada menerbitkan satu artikel bertajuk “Diskaun Hebat Untuk Saham-Saham Wall Street Sedang Berlaku”.
Artikel ini ditulis dengan tujuan murni untuk memberikan maklumat kepada semua pembaca.
Antara saham-saham yang kami tulis pada artikel lepas adalah seperti saham:-
- Tesla Inc
- Nvidia Corporation
- Apple Inc
Ketiga-tiga saham gergasi ini jatuh lebih daripada 5% ketika artikel tersebut ditulis dan terus membuat kejatuhan selepas itu.
Artikel kali ini kami ingin mengucapkan taniah kepada yang mengambil peluang beli ketika diskaun. Jika masih hold saham tersebut, rasanya sudah tersenyum sambil melihat portfolio yang hijau.
Kepada yang baca artikel sebelum ini tetapi tidak berbuat apa-apa, atau hanya tinggalkan komen negatif, takziah kepada anda.
Mari kita lihat carta saham-saham gergasi di Wall Street setakat 14 November 2023.
Tesla Naik Lebih 20% Kurang Daripada Sebulan
Harga diskaun terendah saham Tesla ini adalah pada paras sekitar USD 195.00 seunit pada penghujung Oktober 2023. Dalam tempoh kurang sebulan, harga saham ini telah naik sekitar 21% dam tempoh waktu yang singkat.
Ibarat melabur USD 1,000.00, kini duit tersebut telah berkembang menjadi USD 1,200.00. Untung USD200.00!
NVIDIA Juga Naik Lebih 20% Dalam Tempoh Kurang Sebulan
Sama seperti saham Tesla, harga saham Nvidia Corporation telah jatuh lebih daripada 10% pada bulan Oktober 2023. Harganya jatuh hingga bawah daripada USD 400 seunit.
Namun bermula November, harga saham ini mula membuat kenaikan. Setakat 14 November 2023, harga saham Nvidia berada di paras USD 496.56 seunit.
Hanya dalam tempoh 14 hari, harga saham ini telah naik sekitar 24%. Tersenyum yang beli dekat bawah.
Apple Inc Naik Lebih 10% Dalam Tempoh Kurang Sebulan
Yang terakhir adalah saham Apple Inc. Harga saham ini jatuh lebih 5% pada bulan Oktober. Harga paling rendah adalah pada paras USD 166.35 seunit.
Harga saham ini mula melantun nak naik semula pada awal November 2023, daripada harga terendah hingga 14 November 2023, harga saham ini telah naik hampir 13%.
Alhamdulillah Rezeki Dalam USD
Bila ada tindakan dan faham pasaran, tidak mustahil untuk buat duit di pasaran global. Syukur bukan setakat sembang kari, kami buktikan kami boleh buat duit dalam USD secara halal dan sah.
Jika kami boleh, anda juga mesti boleh!
Penafian: Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Artikel ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 10 Perkara Mengenai Saham Coca-Cola dan Pepsi Yang Anda Kena Tahu
- Sifu Kami Untung Lebih 30% Dalam Masa Seminggu Di Wall Street
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.
Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street
Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?
Baru mula melabur dalam pasaran US?
Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?
Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?
Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Apa Itu Leader & Laggard
2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard
3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard
4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street
5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street
6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street
Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.
E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.
Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet