Sumber : Trading View
Dalam kalangan kita yang baru menceburi alam pelaburan pasaran saham global, mungkin kita hanya mengetahui syarikat seperti Intel, Nvidia, AMD, Taiwan Semiconductor Manufacturing dan Qualcomm sebagai pembekal semikonduktor dunia.
Anggapan sedemikian adalah biasa terutama kepada mereka yang baru atau mempunyai ilmu sederhana dalam hal ini.
Tetapi bagi yang telah lama dalam industri semikonduktor ini, semua syarikat gergasi yang telah dinyatakan diatas adalah pengguna yang menghasilkan semikonduktor. Kejuruteraan serta kepakaran dan mesin untuk membuat semikonduktor dunia hanya terletak pada satu syarikat sulong gergasi dunia yang berpangkalan di Netherland, iaitu ASML Holdings N.V. (NASDAQ: ASML)
Tanpa ASML, syarikat seperti Intel, Nvidia, AMD, Taiwan Semiconductor Manufacturing Corporation dan Qualcomm tidak akan mampu menghasilkan semikonduktor atau microchip untuk dibekalkan keseluruh pengguna disetiap pelusuk dunia ini.
ASML adalah satu-satunya syarikat yang mempunyai kepakaran mendalam untuk menghasilkan semikonduktor serta microchip dalam saiz yang begitu kecil secara tepat melalui kaedah kejuruteraan di panggil sebagai EUV dan DUV.
EUV adalah kaedah penghasilan semikonduktor dan microchip melalui Extreme Ultraviolet sebagai circuit mapping bagi ketepatan yang amat halus dengan menggunakan mesin lithography.
Manakala DUV pula adalah kaedah penghasilan semikonduktor dan microchip melalui Deep Ultraviolet untuk menghasilkan microchip yang terkini.
Sejak saham ASML diapungkan di Nasdaq seawal 1995, ianya telah naik hampir 29,000% dan kini harga sahamnya hampir mencecah paras US$800 sesaham. Modal kapital syarikat ini pula telah mencecah lebih US$300 billion dengan sifar kadar hutang.
Peluang keemasan untuk memiliki saham ASML adalah pada tahun 2003 dan kali terakhir ialah pada tahun 2010 apabila harga saham ini masih di bawah nilai pasaran dengan potensi perkembangan yang begitu menarik.
Ditambah lagi harganya mampu dimiliki iaitu di paras bawah US$50 sesaham. Jika kita mampu memiliki saham ASML ini pada tahun 2010 yang lalu kita telah meraih pulangan lebih 1,500% setakat ini.
Apakah potensi saham ASML?
Jika kita menggunakan analisa kasar melalui teori Elliot Wave, berkemungkinan saham syarikat ini berpotensi untuk mencapai paras melebihi US$3,000.
Ini berdasarkan kepada pemantauan ombak ke-4 dan ombak ke-5 yang belum wujud. Harus diingat apa yang dilakar melalui teori Elliot Wave dalam carta di bawah bukanlah syarat kepada teori tersebut. Tetapi hanya sekadar pemantauan kasar dari kaca analisa saya.
Sumber : Trading View
Untuk berjaya dalam pelaburan global seperti pelaburan dalam saham ASML memerlukan ilmu yang khusus. Dan The Kapital ada menyediakan program khas dalam pelaburan global di Wall Street.
Ikuti program Wall Street yang disediakan oleh pihak The Kapital untuk meraih peluang pelaburan global yang menawarkan peluang alternatif lagi lumayan. Super santai pula tu, tak perlu hadap laptop semasa waktu bekerja.
Artikel ini adalah ditulis oleh Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI,CFTe,MSTA) yang merupakan pelabur tegar Wall Street yang menetap di Brunei.
Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet