Salah satu ciri seorang pelabur yang baik adalah mereka yang tahu bagaimana hendak menguruskan modal dan membahagikannya dengan betul. Seorang pelabur yang bijak tidak akan bergantung kepada carta semata-mata, tetapi juga mengambil kira intrinsic value sesebuah saham syarikat. Tokoh pelabur yang mengambil berat tentang intrinsic value adalah Warren Buffett, seorang yang sangat dikenali dalam dunia pelaburan saham dan beliau mendapat gelaran ‘The King Of Value Investing’.
Cara pelaburan Warren Buffett adalah beliau tidak mengharapkan keuntungan daripada naik turunnya harga dalam pasaran saham untuk jangka masa pendek. Tetapi beliau hanya menumpukan pengiraan dividen dan bonus yang diperolehi daripada pelaburan dalam sesuatu syarikat. Untuk mengetahui cara mengira intrinsic value dengan lebih lanjut, kita semua boleh melayari laman youtube dengan menaip ‘How To Calculate The Intrinsic Value Of The Stock’.
Pembahagian Modal
Secara asasnya , terdapat tiga kriteria penting yang perlu pelabur kaji terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli sebarang saham syarikat. Yang pertama adalah dengan mengkaji fundamental (Fundamental Analysis) syarikat tersebut, yang kedua adalah dengan membuat kajian teknikal (Technical Analysis). Yang ketiga adalah dengan peka terhadap catalyst semasa yang mempengaruhi syarikat tersebut.
Para pelabur boleh melayari laman web Malaysiastock.biz bagi mencari maklumat fundamental dan catalyst berkenaan syarikat. Di laman web ini, semua maklumat kewangan dan berita yang terkini tentang syarikat boleh didapati dalam satu page sahaja.
Untuk membuat kajian teknikal pula, laman web seperti KLSE Screener dan Trading View boleh digunakan untuk membuat kajian secara percuma.
Berdasarkan kepada penilaian ketiga-tiga kriteria ini, ianya akan membantu para pelabur untuk membuat keputusan pelaburan di dalam syarikat yang tertentu untuk suatu tempoh yang tertentu. Jika kaunter yang mempunyai fundamental yang tidak baik, tetapi analisis teknikalnya mempunyai petanda yang baik dan sentimen semasa menjadikan catalyst syarikat yang bagus, kita boleh mengkategorikan kaunter tersebut untuk pelaburan jangka masa pendek kerana kenaikan yang berlaku dijangka hanya untuk sementara kerana asas perniagaan syarikat tidak kukuh.
Kedua , sekiranya syarikat mempunyai fundamental yang bagus tetapi catalyst berkenaan syarikat tiada, namun dari segi teknikalnya memberikan buy signal yang menarik. Pelabur boleh menggunakan kaedah hit and run terhadap kaunter saham syarikat ini. Pelabur dinasihatkan untuk tidak memegang saham dalam syarikat ini untuk jangka masa yang lama untuk mengelakkan kerugian yang besar sekiranya terdapat catalyst yang kurang baik terhadap syarikat ini.
Contoh kaunter yang sesuai dengan teknik hit and run sebelum ini adalah kaunter Parkson. Pada 14 September 2020, kaunter ini membuat kenaikan harga sebanyak 300% tanpa wujudnya sebarang catalyst. Pelabur yang cekap boleh membuat belian intraday ketika minat belian sedang memuncak dan menjualnya setelah membuat keuntungan yang mencukupi berdasarkan trading plan masing-masing.
Yang ketiga adalah apabila ketiga-tiga kriteria seperti Fundamental ,Teknikal dan catalyst syarikat bagus. Untuk saham ini, bolehlah kita mempertimbangkan untuk simpan dan peram saham ini untuk jangka masa yang panjang.
Berapa Modal Yang Diperlukan?
Jumlah modal pelaburan yang paling ideal adalah jumlah yang sekiranya hangus semua modal itu, kita masih boleh tersenyum, tidur masih lena dan tidak akan menyebabkan kemurungan. Elakkan daripada menggunakan wang simpanan atau wang kecemasan dalam pelaburan anda.
Mulakan Dengan Jumlah Yang Kecil
Jumlah yang kecil ini sebenarnya boleh digandakan berlipat kali ganda jika kita melabur dengan teknik yang betul. Jika kita mulakan pelaburan dengan modal RM2,000, pastikan kita boleh menggandakan wang ini menjadi RM4,000 dan RM8,000 seterusnya RM16,000. Modal yang kecil ini berbeza untuk setiap individu, maka tepuk dada tanya selera.
Bahagikan Duit Ke Beberapa Bahagian
Sebagai contoh, jika kita memiliki modal sebanyak RM10,000, kita boleh bahagikan 70% daripada modal tersebut untuk kaunter-kaunter yang sedang membuat fasa kenaikan atau uptrend dan saham yang mempunyai fundamental yang bagus. Baki 30% lagi, anda boleh gunakan untuk kaunter saham dalam kategori short-term atau pun menggunakan teknik hit and run untuk saham-saham yang berpotensi.
Untuk kaunter saham yang dibeli bagi tujuan swing pula, hendaklah terdiri daripada kaunter yang memiliki kesemua ciri-ciri yang baik, iaitu fundamental yang bagus, carta teknikal yang menunjukkan signal belian, serta sentimen yang menyebelahi saham syarikat tersebut.
Bagi tujuan perdagangan, tempoh jangka masa pegangan yang disarankan hanyalah untuk tempoh masa yang pendek sahaja, maka fundamental syarikat tidak perlu diberikan tekanan yang sangat mendalam sekiranya terdapat signal belian serta sentimen semasa menyebelahi syarikat ini. Jumlah modal yang disarankan pula adalah sedikit sahaja untuk kaunter-kaunter sebegini kerana syarikat ini tidak mempunyai asas fundamental yang baik dan dikhuatiri harga saham syarikat ini akan jatuh secara tiba-tiba setelah membuat kenaikan.
Bagi mengurangkan risiko dalam pelaburan kita, pelabur dinasihatkan untuk tidak meletakkan modal yang banyak kepada syarikat yang tidak mempunyai asas fundamental yang kukuh.
Cara pembahagian wang yang dilakukan oleh setiap orang adalah subjektif dan bergantung sepenuhnya kepada tahap toleransi risiko masing-masing. Contoh-contoh di atas adalah bertujuan sebagai panduan kepada anda untuk membahagikan modal pelaburan sebaiknya.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab
Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->