Pernah tak anda perasan yang ada beberapa ketika musim IPO akan menjadi-jadi. Ketika waktu tersebut tiba, ada kalanya kita dapat menyaksikan sehingga enam IPO ditawarkan dalam tempoh satu bulan.
Prestasi IPO ketika disenaraikan pula tidak kurang hebatnya. Ada yang naik tinggi melebihi 100%.
Namun, tidak semua IPO juga yang berjaya menyamai prestasi kebanyakan IPO yang lain. Ada IPO yang dibuka rendah daripada harga tawaran IPO.
Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan antara IPO yang didagangkan rendah daripada harga IPO dan apakah strategi untuk membelinya setelah ianya disenaraikan.
Plytec Holding Berhad
Plytec disenaraikan di Bursa Malaysia pada 15 November 2023. Plytec merupakan syarikat penyelesaian kejuruteraan pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran bahan binaan.
Harga IPOnya adalah 35 sen dan ditutup rendah iaitu pada RM0.325. Sejak itu IPO ini lama tidur dan didagangkan bawah daripada harga IPO.
Plytec kemudiannya mula mendapat momentum dan berjaya membuat All-Time High setelah naik sehingga 38 sen pada 25 Julai 2024 yang lalu.
Bila waktu terbaik untuk membeli Plytec ini? Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan.
Yang pertama adalah apabila saham ini membuat breakout daripada harganya ketika IPO. Jika anda perasan harga tertinggi yang pernah dicapai Plytec sebelum ini adalah pada hari pertama dibuka iaitu RM0.36.
Garisan rintangan (resistance) boleh dilukis pada paras tersebut. Peluang untuk membeli Plytec adalah apabila ia berjaya membuat breakout pada harga tersebut.
Pada 19 Julai 2024, Plytec akhirnya membuat breakout dan pelabur boleh mengambil peluang di situ.
Bagi yang terlepas membeli ketika breakout pula anda boleh menggunakan kaedah kedua. Pelabur boleh membeli ketika saham ini beberapa kali bertahan di paras sokongan (support) iaitu paras rintangan sebelum ini.
Ini disebut sebagai ‘Resistance Become Support (RBS)‘. Harus diingatkan yang anda perlu pastikan saham tersebut benar-benar membuat sokongan (support) baru dan kemudian barulah anda membuat keputusan.
Pengesahan sokongan (support confirmation) boleh dipastikan setelah saham tersebut beberapa kali bertahan pada paras yang sama.
Jati Tinggi Group Berhad
Jati Tinggi disenaraikan pada 20 Disember 2023. Harga IPO pada ketika itu adalah RM0.27. Walaupun pada hari pertama ia tidaklah naik dengan banyak, namun setakat ini harganya telah mencecah RM0.64, lebih 100% daripada harga IPO.
Sejak ianya disenaraikan, Jati Tinggi juga berada dalam fasa konsolidasi (consolidation) untuk tempoh yang agak lama iaitu sekitar 7 bulan.
Apa yang kita boleh lakukan bagi saham seperti ini ialah sentiasa perhatikan pergerakannya dan ikut langkah di bawah.
- Lukis garisan sokongan & rintangan (support & resistance)
- Fokus apabila saham ini telah berada di atas SMA50
- Masuk ketika ia membuat first breakout
- Pastikan breakout tersebut berserta dengan volume yang tinggi
Setelah anda berjaya masuk ketika breakout yang pertama, anda boleh hold selagi saham ini membuat uptrend untuk menikmati pulangan.
Bila nak jual?
Anda boleh jual setelah saham ini bertukar trend dan mematahkan garisan uptrend.
Kesimpulan
Kesimpulannya di sini walaupun ada IPO yang disenaraikan tidak memberi pulangan yang tinggi pada hari pertama atau di awal penyenaraiannya, peluang untuk entry dan membuat keuntungan sentiasa ada. Oleh itu, perhatikan rapat-rapat IPO yang telah dan bakal disenaraikan.
Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
*Daftar berdua terus dapat akses secara percuma! Sesuai untuk ZERO dan Newbies!