KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Pengeluar kabel dan wayar Southern Cable Group Bhd (Southern Cable) disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada RM0.335 berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) pada RM0.34.
Semasa dibuka, syarikat itu menyaksikan 16.9 juta sahamnya diniagakan.
Pengarah Urusan Tung Eng Hai berkata kumpulan itu menyasarkan untuk meneroka pasaran automotif dan lif menjelang separuh kedua 2021 dengan memperkenalkan rangkaian produk baharu termasuk kabel kuasa dan kawalan serta wayar untuk aplikasi automotif dan lif.
“Rangkaian baharu bagi kabel dan wayar untuk segmen automotif dan lif dijangka dibangunkan dan dikomersialkan pada separuh kedua 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis 2019, 76.1 peratus daripada perolehan kumpulan itu disumbangkan oleh wayar dan kabel kuasa, manakala 5.4 peratus daripada kabel komunikasi dan wayar.
Jualan kabel dan wayar kawalan dan instrumentasi menyumbang 9.4 peratus kepada perolehan dan baki 9.1 peratus lagi adalah jualan produk dan perkhidmatan yang berkaitan.
Tung berkata nilai perolehan kontrak kumpulan itu adalah sebanyak RM405.4 juta sehingga 1 Sept 2020 termasuk kontrak yang diperoleh daripada sektor perkhidmatan penting seperti Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad.
Ini akan mengekalkan pendapatan kumpulan sehingga tahun kewangan yang berakhir 31 Dis 2022, katanya.
Kumpulan itu memperuntukkan RM30.0 juta untuk perbelanjaan modal dan pengembangan daripada jumlah keuntungan yang diraih.
“Daripada jumlah ini, RM18.5 juta adalah untuk membeli dan menaik taraf jentera serta peralatan, RM7.5 juta untuk membina kilang baharu dan RM4.0 juta untuk membiayai pembelian dan pemasangan sistem teknologi maklumat perancangan sumber perusahaan (ERP).
“Sebanyak RM27.5 juta akan diperuntukkan sebagai modal kerja, manakala RM9.2 juta sebagai pembayaran balik pinjaman bank. RM4.5 juta akan digunakan untuk membiayai anggaran perbelanjaan penyenaraian,” katanya.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards