KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Serba Dinamik Holdings Bhd sedang memperluas program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah kempen ‘Serba Care Team’ di peringkat global dengan menumpukan tiga aktiviti kemampanan utama — keselamatan dan kesihatan; pembangunan pendidikan serta persekitaran hijau.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata pada fasa pertama, ia akan membantu penduduk pribumi Guinea dan Senegal menerusi penyediaan lebih 20,000 set peralatan perlindungan diri (PPE), bekalan perubatan lain, pelitup muka dan termometer inframerah bernilai hampir RM1 juta.
Syarikat juga menjalinkan kerjasama strategik dengan Bank Pembangunan Islam (IDB) yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi untuk menghasilkan bekalan perubatan, katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ia merupakan sebahagian program CSR Serba Care Team dalam usaha menangani masalah kesihatan dunia seperti pandemik COVID-19.
Selain itu, pihaknya memperuntukkan bantuan bernilai hampir RM1.5 juta di bawah program CSR tersebut untuk menyediakan PPE dan bekalan perubatan lain kepada beberapa hospital di Malaysia sejak 28 Mac, 2020, katanya.
Hospital itu termasuk Pusat Perubatan Universiti Malaya; Hospital Canselor Tuanku Muhriz; Hospital Serdang; Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh.
“Serba Care juga akan menumpukan kepentingan titik sentuhan kepada masyarakat dalam membantu menangani pandemik dan pada masa sama membina negara yang kukuh,” katanya.
Serba Dinamik turut menjalankan aktiviti untuk memperkukuh Care Team syarikat dengan membantu tanggungan kakitangannya dari segi akademik untuk mereka meneruskan pengajian.
Bagi kumpulan 2019 sebanyak tiga pelajar telah terpilih manakala 13 pelajar bagi tahun ini.
Dalam melangkah maju, Mohd Abdul Karim berkata lebih banyak aktiviti akan disasarkan dan dirancang seperti kerjasama dengan Yayasan Pendidikan Mara dan program sekolah angkat di kawasan luar bandar.
“Care Team Serba Dinamik telah menggerakkan aktiviti mereka dalam komuniti yang menempatkan operasi kami termasuk di Bintulu, Miri, Paka, Labuan dan Kuala Lumpur, selain di Indonesia.
“Sebahagian sumbangan kami juga disalurkan untuk menyokong institusi seperti rumah anak yatim dan organisasi bukan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata usaha bagi kemampanan sentiasa menjadi bahagian penting dalam agenda syarikat, seiring dengan pernyataan tujuan Serba Dinamik berdasarkan pengimbangan keperluan untuk menjana nilai ekonomi dengan memelihara alam sekitar dan menyumbang kepada masyarakat untuk masa depan yang mampan.
“Berlandaskan tiga aktiviti kemampanan itu, kami perlu berusaha untuk maju bersama-sama sepanjang laluan ini dengan tahap komitmen dan semangat yang tinggi agar Serba Dinamik meneruskan perjalanannya demi generasi akan datang,” katanya.
Serba Dinamik juga memberikan bantuan segera kepada keluarga dan individu yang memerlukan terutama golongan B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) di Sarawak.
— BERNAMA
Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->