Sebagai seorang pelabur saham lebih-lebih lagi pelabur global, anda perlu tahu indeks utama di sesebuah pasaran. Jika di Amerika Syarikat, indeks utama adalah S&P500, NYSE dan Nasdaq.
S&P500 menghimpunkan 500 buah saham syarikat terbesar yang didagangkan di pasaran saham Amerika.
Baca juga: Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global
Kenapa S&P500 penting?
Ianya kerana ia memberi petunjuk kepada pelabur syarikat yang telah ditapis dan terbesar di Amerika. Ia juga memudahkan pengurus dana untuk memilih syarikat untuk dilaburkan.
Ramai pengurus dana akan melabur di dalam syarikat komponen S&P500 sahaja untuk melindungi portfolio mereka.
Baru-baru ini Dell Technologies Inc & Palantir Technologies Inc ditambah masuk ke dalam indeks S&P500. Palantir Technologies menggantikan syarikat penerbangan American Airline manakala Dell menggantikan Etsy.
Untuk pengetahuan anda sebelum ini Dell pernah berada di dalam S&P500 dari 1996 – 2013 sebelum ianya diswastakan pada tahun 2013 oleh pengasasnya sendiri iaitu Michael Dell. Pada tahun 2018, Dell kembali disenaraikan di pasaran saham Amerika.
Dell mempunyai modal pasaran sebesar USD72.15 bilion dan Palantir pula USD67.92 bilion.
Selain Dell & Palantir, Erie Indemnity turut ditambah ke dalam S&P500.
Penambahan & penyingkiran komponen S&P500 akan mula berkuatkuasa pada 23 September 2024.
Berikut adalah senarai penambahan dan penyingkiran syarikat dari indeks S&P 500 sebelum ini dari Januari sehingga Jun 2024.
Senarai syarikat yang dimasukkan ke S&P500 (Januari – Jun 2024)
Senarai syarikat yang dikeluarkan dari S&P500 (Januari – Jun 2024)
Bagaimana sesebuah syarikat ditambah atau dikeluarkan daripada S&P500?
Indeks S&P Dow Jones, yang merupakan bahagian S&P Global, mengurus indeks S&P 500 dan menetapkan kriteria untuk cara syarikat dimasukkan atau dialih keluar.
Berikut merupakan beberapa kriteria untuk sesebuah syarikat dimasukkan ke dalam S&P500.
- Mesti merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat
- Disenaraikan di pasaran saham utama Amerika contohnya NYSE, Nasdaq atau CBOE
- Memiliki modal pasaran lebih dari USD18 bilion
- Kecairan saham: Saham mesti mempunyai jumlah dagangan yang tinggi dan mudah dibeli atau dijual
- Syarikat mesti menunjukkan keuntungan positif dalam empat suku terakhir
- Laporan secara berkala perlu dibuat & memuaskan Akta Bursa Saham Amerika
Kesimpulan
Kini anda telah tahu bahawa komponen S&P500 boleh berubah-ubah. Indeks S&P500 dikemaskini setiap suku dan disebut sebagai indeks rebalancing. Kita sebagai pelabur harus ambil tahu bila tarikh tersebut dan bersiap sedia untuk mengemaskini portfolio juga sekiranya perlu.
Artikel ini adalah bagi tujuan perkongsian semata-mata dan anda perlu menyemak status syariah saham-saham di atas.
Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?
Baru mula melabur dalam pasaran US?
Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?
Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?
Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Apa Itu Leader & Laggard
2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard
3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard
4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street
5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street
6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street
Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.
E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.
Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet