• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

Sejarah Akan Berulang: Corak Carta Saham Juga Sama

in Technical Analysis
A A
Sejarah Akan Berulang: Corak Carta Saham Juga Sama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Kalau dulu pernah buat corak yang sama, tak mustahil akan datang juga akan buat corak yang sama”

Ramai pelabur saham mahupun instrumen pelaburan yang lain tidak asing lagi dengan analisis teknikal dalam kajian pelaburan mereka. Analisis teknikal yang diamalkan oleh ramai pelabur terdiri daripada 3 prinsip utama iaitu:-

  1. Price action discount everything
  2. Price move in trend
  3. History will repeat itself

Setiap prinsip di atas mempunyai makna yang tersendiri tetapi artikel kali ini kita akan fokus kepada prinsip ketiga analisis teknikal ini, iaitu History Repeat Itself. 

Makna disebalik prinsip ini sangat meluas, jadi kita ambil konteks prinsip ini kepada carta saham beberapa syarikat. 

Berkaitan

Saham-Saham Yang Berada Di Fasa Uptrend

Saham-Saham Teknologi Sudah Bangkit Dari Tidur?

30 Minit Pertama IPO Oppstar Didagangkan. Apa Kata Carta?

Lepas Kejatuhan Besar, Sambung Kenaikan

Sumber: Tradingview

Jika kita perhatikan carta saham ini, secara keseluruhan memang nampak carta ini membuat uptrend tetapi perasan tak ianya akan diselangi dengan satu batang candlestick merah yang besar sebelum meneruskan kenaikan?

Perhatikan tiga kotak merah di atas, corak pergerakan saham ini boleh dikatakan seakan-akan serupa ketiga-tiganya. 

Jika anda, selepas muncul candlestick merah seperti di atas, terus jual atau akan hold dulu?

Lepas Naik Mencanak, Dia Jatuh Menjunam

Sumber: Tradingview

Carta saham kedua ini pula membuat dua corak yang sama seperti dalam kotak merah di atas. Rupa kedua-dua corak ini serupa dan pelabur yang membeli saham ini pada pembentukan corak kedua ini sepatutnya boleh agak ke mana arah tuju harga saham ini selepas melakukan kenaikan yang mendadak. 

Jika anda melihat potensi pembentukan corak yang hampir sama seperti ini pada masa akan datang adakah anda berani membeli saham ini atau abaikan sahaja? 

Lepas Breakout, Dia Pullback Sebelum Breakout Lagi

Sumber: Tradingview

Contoh yang ketiga ini juga menarik, teknik breakout untuk saham ini mungkin memerlukan kesabaran yang tinggi kerana biasanya dia akan diselangi dengan pullback. 

Pullback dia bukan sembarangan, muncul satu candlestick merah panjang seakan-akan menunjukan sell signal kepada saham ini. Tetapi saham ini terus membuat kenaikan pada hari-hari berikutnya. 

Jika anda sebagai seorang pelabur, rasanya anda akan beli saham ini ketika bila? Breakout atau pullback?

Setiap Saham Ada Perangai Tersendiri

Berdasarkan tiga contoh di atas, kita dapat melihat tiga contoh corak yang berbeza dibentuk daripada tiga carta saham yang berbeza. 

Ini bermakna tidak semua carta akan mempunyai perangai yang sama dan bukan semua carta saham mempunyai sejarah untuk diulangi. Lagi-lagi carta saham yang baru tersenarai di Bursa Malaysia. 

Apa-apa pun, sebelum melabur dinasihatkan lihat dulu apa yang pernah berlaku pada carta tersebut agar kita bersedia dengan apa yang bakal berlaku di masa akan datang. 

Penafian: Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Artikel ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Kami janji berbaloi…

>> Pra-Daftar Sekarang di Webinar Swing Trading Reloaded

Sesuai untuk ZERO dan Newbies!

Tags: history repeat itselftechnical analysis
Share422ShareSend

Related Posts

Saham-Saham Yang Berada Di Fasa Uptrend
Technical Analysis

Saham-Saham Yang Berada Di Fasa Uptrend

1 month ago
Saham-Saham Teknologi Sudah Bangkit Dari Tidur?
Technical Analysis

Saham-Saham Teknologi Sudah Bangkit Dari Tidur?

3 months ago
30 Minit Pertama IPO Oppstar Didagangkan. Apa Kata Carta?
Saham

30 Minit Pertama IPO Oppstar Didagangkan. Apa Kata Carta?

6 months ago
Breakaway Gap, Breakout Yang Jarang Didengar
Technical Analysis

Breakaway Gap, Breakout Yang Jarang Didengar

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In