• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Saham Penjagaan Kesihatan Dorong Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama)  — Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh momentum pembelian kukuh bagi saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh saham berkaitan penjagaan kesihatan.

Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran ditutup 14.27 mata lebih tinggi atau 0.94 peratus kepada 1,518.11 daripada 1,503.84 ketika ditutup Jumaat.

Barometer pasaran dibuka 3.37 mata lebih tinggi kepada 1,507.21 dan berlegar antara 1,505.92 dan 1,521.91 sepanjang sesi dagangan.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Di papan skor, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 723 kepada 387, manakala 428 kaunter tidak berubah, 613 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 9.50 bilion unit bernilai RM5.43 bilion daripada 8.70 bilion unit bernilai RM4.76 yang dicatatkan pada Jumaat — tertinggi sejak 7 Sept.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Kenny Yee berkata Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang kembali dilaksanakan mendorong pelabur runcit untuk kembali ke pasaran ekuiti dengan memulakan belian semasa harga rendah ke atas saham tempatan dengan penjagaan kesihatan dan teknologi menjadi antara pilihan utama.

“Memandangkan mereka kembali bekerja dari rumah, pelabur runcit mahu menempatkan dana mereka di bursa tempatan,” katanya kepada Bernama dan menurutnya pasaran turut menerima sokongan daripada pembeli institusi di tengah-tengah kelembapan pasaran.

Secara keseluruhannya, Yee masih menyifatkan keadaan pasaran adalah turun naik.

Beliau berkata pelabur juga bersemangat susulan usaha Amerika Syarikat (AS) untuk memuktamadkan pakej rangsangannya untuk membantu negara dan rakyatnya dalam menghadapi impak COVID-19.

Pasaran serantau turut didorong oleh aliran peningkatan pasaran AS yang menyaksikan Dow Jones meningkat 0.39 peratus kepada 28,606.31.

Nikkei 225 Jepun naik 1.11 peratus kepada 23,671.13, Hang Seng Hong Kong meningkat 0.64 peratus kepada 24,542.26, manakala Straits Times Singapura 0.42 peratus lebih tinggi kepada 2,543.5.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa pada 14 hingga 27 Okt ini, manakala 13 hingga 26 Okt di Sabah.

Daripada 30 konstituen FBM KLCI, 21 kaunter diniagakan lebih tinggi dengan kaunter berkaitan penjagaan kesihatan seperti Top Glove dan Hartalega meningkat masing-masing sebanyak 35 sen dan 62 sen kepada RM9.60 dan RM19, manakala Petronas Chemicals naik14 sen kepada RM6 dan Nestle meningkat RM2.60 kepada RM142.

Sementara itu, Public Bank turun dua sen kepada RM15.84, Hong Leong rendah empat sen kepada RM14.94 dan Petronas Dagangan susut 10 sen kepada RM18.88.

Kaunter paling rugi termasuk Yinson turun 61 sen kepada RM4.82,  selain Dutch Lady yang jatuh 60 sen kepada RM37.40 dan Panasonic Manufacturing yang susut 36 sen kepada RM28.44.

Antara yang aktif, Lambo menambah setengah sen kepada 3.5 sen, Luster naik lima sen kepada 22.5 sen dan Mah Sing naik 29.5 kepada RM1.24.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 99.91 mata kepada 11,037.98, Indeks FBMT 100 naik 88.71 mata kepada 10,828.93 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 148.97 mata kepada 13,289.59.

FBM 70 naik 69.09 mata kepada 14,640.80 dan FBM ACE menokok 199.88 mata kepada 11,171.76.

Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 35.56 mata kepada 12,445.23, Indeks Perladangan naik 59.01 mata kepada 6,917.52, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 2.91 mata kepada 146.51 dan Indeks Penjagaan Kesihatan naik 75.83 mata kepada 4,303.00.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 4.72 bilion saham bernilai RM4.15 bilion daripada 4.58 bilion saham bernilai RM3.71 bilion.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.15 bilion unit bernilai RM337.23 juta daripada 1.13 bilion unit bernilai RM249.27 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE melonjak kepada 3.61 bilion saham bernilai RM936.75 juta berbanding 2.98 bilion saham bernilai RM808.41 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 600.80 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (2.01 bilion), pembinaan (164.73 juta), teknologi (339.83 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (32.12 juta), hartanah (829.83 juta), perladangan (26.39 juta), REIT (6.61 juta), dana tertutup (2,000), tenaga (147.53 juta), penjagaan kesihatan (130.12 juta), telekomunikasi dan media (37.15  juta), pengangkutan dan logistik (90.73 juta) dan utiliti (305.68 juta).

— BERNAMA

Share287ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In