• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Saham KL Ditutup Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama)  — Saham Kuala Lumpur mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah berikutan jualan yang berterusan dalam saham penjagaan kesihatan, permodalan kecil dan sederhana, manakala pelabur institusi muncul untuk menyokong saham berkaitan indeks.

Pada penutup, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.16 mata kepada 1,494.64 daripada 1,498.80 semasa ditutup semalam.

Indeks dibuka kepada 1,499.76 dan berada antara 1,489.83 dan 1,502.67 sepanjang hari.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Berdasarkan aliran keluar pasaran daripada saham permodalan kecil dan sederhana, papan skor menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 894 berbanding 311, manakala 352 kaunter tidak berubah, 610 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 6.92 bilion unit bernilai RM4.1 bilion daripada 6.73 bilion unit bernilai RM4.6 bilion dicatatkan pada Khamis.

Seorang penganalisis berkata pasaran merosot hari ini berikutan ketidaktentuan mengenai perkembangan ekonomi dan politik di negara ini dengan pelabur runcit keluar dari pasaran.

Dan ini ketika negara terus mencatatkan kes baharu COVID-19 tiga angka pada setiap hari, katanya.

Dalam kalangan indeks utama, FBMSCAP susut 2.16 peratus atau 357.42 kepada 16,180.13 dan FBMMCAP merosot 2.56 peratus atau 353.45 kepada 13,413.66.

Bagi indeks sektor, indeks tenaga berkurangan 2.02 peratus atau 13.99 mata kepada 676.63 manakala indeks penjagaan kesihatan susut 2.18 peratus atau 89.88 mata kepada 4,021.86.

“Peserta pasaran menunggu hasil pertemuan antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini,” katanya.

Muhyiddin terdahulu mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Daripada 30 kaunter berkaitan indeks, tiga kaunter penjagaan kesihatan, iaitu Hartalega, Top Glove dan IHH, masing-masing susut 48 sen, 20 sen dan sembilan sen kepada RM17.32, RM8.70 dan RM5.10.

Selain saham ini, 14 saham lain dicatatkan rendah, satu ditutup tidak berubah dan kaunter selebihnya lebih tinggi, diterajui oleh Genting, RHB dan Hap Seng, masing-masing naik dua sen, tiga sen dan enam sen kepada RM3.02, RM4.30 dan RM7.25.

Daripada kaunter untung, F&N melonjak 38 sen kepada RM31.48, MISC menambah 35 sen kepada RM6.96 dan Public Bank naik 28 sen kepada RM15.84.

Mendahului kaunter paling rugi ialah Nestle yang merosot RM3.20 kepada RM141.30, Petronas Dagangan susut 58 sen kepada RM17.54 dan Hartalega turun 48 sen kepada RM17.32.

Bagi saham cergas, Mlabs berkurangan setengah sen kepada dua sen manakala AT Systematization dan Lambo, masing-masing tidak berubah pada lapan sen dan tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 58.88 mata kepada 10,827.23, Indeks FBMT 100 susut 45.89 mata kepada 10,631.63 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 123.77 mata kepada 12,954.11.

FBM 70 merosot 124.80 mata kepada 14,258.34 dan FBM ACE susut 344.43 mata kepada 10,606.77.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 55.11 mata kepada 12,359.16, bagaimanapun Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.45 mata kepada 136, Indeks Perladangan turun 65.45 mata kepada 6,855.00 dan Indeks Penjagaan Kesihatan merosot 89.88 mata kepada 4,021.86.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 3.61 bilion saham bernilai RM3.05 bilion daripada 3.3 bilion saham bernilai RM3.72 bilion dicatatkan semalam.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 758.45 juta unit bernilai RM166.41 juta daripada 887.73 juta unit bernilai RM212.98 juta.

Jumlah dagangan dalam Pasaran ACE naik kepada 2.54 bilion saham bernilai RM876.96 juta daripada 2.53 bilion saham bernilai RM667.19 juta.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 630.87 juta saham diniagakan dalam Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.01 bilion), pembinaan (212.88 juta), teknologi (565.01 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (38.40 juta), hartanah (358.49 juta), perladangan (52.46 juta), REIT (7.65 juta), dana tertutup (6,800), tenaga (325.13 juta), penjagaan kesihatan (86.89 juta), telekomunikasi dan media (61.16 juta), pengangkutan dan logistik (96.91 juta) dan utiliti (168.25 juta).

— BERNAMA

Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In