• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Saham KL Ditutup Rendah Petang Ini

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks pasaran ACE mencatatkan kemerosotan ketara dan kebanyakan kaunter berada dalam zon merah.

Para peniaga berkata prestasi sedemikian berlaku kerana pasaran terjejas oleh tekanan yang kian meningkat terutamanya berkaitan sesi undian Belanjawan 2021 yang akan diadakan di Parlimen Khamis ini serta kebimbangan terhadap COVID-19.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) juga mencatatkan kerugian, menyusut 1.19 peratus atau 19.09 mata untuk ditutup pada 1,578.39 daripada 1,597.48 sebelumnya.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Kaunter rugi mengatasi untung dengan 1,093 berbalas 250 manakala 321 kaunter tidak berubah, 512 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 8.36 bilion saham bernilai RM4.28 bilion.

Indeks pasaran ACE merosot 5.34 peratus kerana ia terus dipengaruhi oleh perkembangan tempatan serta kekurangan keyakinan pelabur asing.

Meskipun tinjauan global yang lebih baik dan harga minyak mentah terus meningkat, seorang penganalisis berkata trend menurun ini dijangka berterusan sehingga Khamis.

“Perniagaan bergantung kepada peruntukan yang disediakan dalam Belanjawan 2021 terutamanya perbelanjaan pembangunan dan tanpanya, industri akan menjadi lesu,” kata beliau.

Kebimbangan sama ada belanjawan akan diluluskan ataupun sebaliknya terus berlegar sejak beberapa anggota gabungan pemerintah menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap belanjawan yang dibentangkan pada 6 Nov dan akan diundi pada Khamis ini.

Sementara itu, beliau menambah tekanan pada FBM KLCI terutamanya disebabkan oleh Top Glove yang kilang pembuatannya telah ditutup kerana peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan pekerjanya, yang sekali gus telah menolak turun indeks sebanyak 8.87 mata.

Mengikut kategori, kaunter teknologi menyaksikan aliran keluar tertinggi, menyusut 2.83 peratus.

Dalam kalangan 30 kaunter indeks FBM KLCI, Top Glove turun 55 sen kepada RM6.80, Petronas Dagangan susut RM1.10 kepada RM21.00, Hartalega lebih rendah 28 sen kepada RM14.18 dan Press Metal Aluminium jatuh 20 sen kepada RM6.10.

Top Glove menyaksikan kejatuhan paling ketara ketika dibuka pagi ini berikutan penutupan kilangan pembuatannya di Klang kerana sebahagian besar pekerjanya telah dijangkiti COVID-19.

Bagi saham paling cergas, Pegasus Heights kekal pada 30 sen, sementara AT Systematization susut 1.5 sen kepada 15 sen dan Sapura Energy turun setengah sen kepada 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 164.95 mata kepada 11,325.72, Indeks FBMT 100 menyusut 158.89 mata kepada 11,115.69, Indeks FBM Emas Syariah turun 256.38 mata kepada 13,013.26 dan FBM 70 lebih rendah 302.84 mata kepada 14,273.73.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 2.20 mata kepada 157.68, Indeks Perladangan turun 73.03 mata kepada 7,268.33 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan lega 0.32 mata kepada 13.970.42.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 4.23 bilion bernilai RM3.31 bilion daripada 5.24 bilion bernilai RM3.15 bilion pada hari Isnin.

Perolehan waran merosot kepada 526.34 juta bernilai RM88.62 juta daripada 567.88 juta bernilai RM104.53 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE lebih rendah kepada 3.20 bilion bernilai RM880.76 juta daripada 3.60 bilion saham bernilai RM1.25 bilion.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 844.34 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.24 bilion), pembinaan (177.07 juta), teknologi (454.98 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (64.45 juta), hartanah (492.41 juta), perladangan (87.22 juta), REIT (9.68 juta), dana tertutup (40,900), tenaga (858.56 juta), penjagaan kesihatan (135.64 juta), telekomunikasi dan media (38.74 juta), pengangkutan dan logistik (156.73 juta) dan utiliti (63.87 juta).

– BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In