fbpx
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
Tuesday, March 2, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Fundamental Analisis

Saham Kajian Ecoworld Menggunakan 5 Magic Numbers

by Ronnie Chai
21/01/2021
in Fundamental Analisis, Trading Idea
5 min read
Saham Kajian Ecoworld Menggunakan 5 Magic Numbers

Berkaitan

Kajian CANSLIM Ke Atas Syarikat INARI

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Unit KLCC Stapled Group (Edisi: 2021)

Ulasan Quarter Report Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB)

Sebelum membeli sesuatu saham, penting untuk kita membuat kajian fundamental terlebih dahulu agar membeli saham yang berkuatliti sahaja. Ramai yang tersilap kerana rata-rata pelabur baru merasakan bahawa analisa teknikal adalah yang paling penting. Angan-angan nak jadi seperti Warren Buffett, tapi sudahnya beli saham PN17. Penghujungnya tersangkut di pucuk kaunter PN17 tersebut.

Salah satu cara untuk mengkaji sesuatu saham daripada sudut fundamental adalah dengan menggunakan 5 magic numbers. Apa yang dimaksudkan dengan 5 magic numbers ini?

5 magic numbers adalah salah satu teknik yang boleh digunakan untuk mengkaji prestasi kewangan syarikat. Bagi sesiapa yang belum tahu apa itu 5 magic numbers, jom kita berkenalan dengannya:

1. Earnings Per Share (EPS)

EPS menunjukkan pertumbuhan keuntungan sesuatu syarikat berbanding jumlah saham yang ditawarkan. Pastikan nilai EPS syarikat tersebut positif. Ini kerana nilai EPS yang positif bermakna syarikat tersebut membuat keuntungan daripada setiap unit saham. Sebab itulah ia disebut sebagai Earnings Per Share.

Jangan sesekali membeli saham yang mempunyai nilai EPS negatif. Sudah pasti kita tidak mahu melabur ke dalam syarikat yang sedang mengalami kerugian.

2. Price-to Earnings Ratio atau P/E Ratio (PE)

P/E Ratio atau nisbah P/E akan memberitahu kita berapa lama tempoh yang diperlukan oleh syarikat untuk mendapatkan kembali modal syarikat. Lagi rendah nilai ini, lagi bagus prestasi syarikat tersebut.

Pada kebiasaannya nilai P/E Ratio yang baik adalah di bawah 10.

3. Return On Equity (ROE)

ROE bermaksud pulangan keuntungan kepada pemegang saham. Semakin tinggi nilai ini, semakin bagus perniagaan sesuatu syarikat tersebut. Pada kebiasaannya, nilai ini haruslah lebih daripada 15%.

Sama seperti EPS dan ROE, nilai ROE wajib positif. Elakkan syarikat yang mempunyai ROE negatif yang menandakan syarikat tersebut sedang mengalami kerugian.

4. Net Tangible Asset (NTA)

NTA adalah nilai harta fizikal syarikat. Sekiranya nilai NTA adalah lebih tinggi daripada harga semasa (Market Price), ini menandakan saham tersebut adalah di bawah nilai sebenar (undervalued)atau bahasa mudahnya sedang berada di paras diskaun.

Maka bolehlah kita beli dan peram saham tersebut kerana ianya berpeluang untuk pergi lebih jauh.

5. Dividend Yield (DY)

Dividen Yield atau Kadar Hasil Dividen merupakan satu nisbah kewangan yang menunjukkan berapa banyak sesebuah syarikat membayar dividen setiap tahun berpandukan kepada harga saham syarikat. Kadar hasil dividen dikira berdasarkan pengiraan berikut:

Sesebuah syarikat dengan hasil dividen yang tinggi membayar sebahagian besar keuntungannya dalam bentuk dividen. Apabila membeli saham dengan niat untuk mendapatkan dividen, kita harus lihat pada syarikat yang mempunyai dividend yield yang tinggi kerana dengan modal yang kecil kita masih mampu untuk mendapat pulangan yang baik.

Sekarang kita dah tahu apa yang dimaksudkan dengan 5 magic numbers ini, jom kita buat kajian ke atas syarikat Ecoworld pula.

Eco World Development Group Berhad

Ecoworld merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan hartanah dan mempunyai 20 projek yang merangkumi pembangunan bandar baru, pembangunan komersial bersepadu, pangsapuri mewah dan taman bertemakan hijau. Kumpulan ini kini mempunyai kira-kira 81,264 ekar tanah dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM87.5 bilion.

Di sini kami kongsikan cara untuk mengkaji kaunter Ecoworld dengan menggunakan 5 magic numbers ini.

Sumber : Malaysiastock.biz

Setelah membuat kajian 5 magic numbers terhadap Ecoworld, adakah anda merasakan saham tersebut baik untuk dibeli? Bila pula masa yang terbaik untuk beli saham Ecoworld?

Untuk menyokong analisis ini, disertakan juga prestasi laporan kewangan bagi setiap suku tahunan Ecoworld. Prestasi kewangan Ecoworld dilihat sangat baik sepanjang tahun. Meskipun ada sedikit penurunan jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelumnya, namun bagi sebuah syarikat hartanah untuk bertahan dan masih mampu menjana keuntungan semasa pandemik yang melanda ini, kita boleh berbangga dengan syarikat seperti Ecoworld.

Sumber : Malaysiastock.biz

Dinasihatkan agar para pelabur turut membuat kajian CANSLIM pula terhadap kaunter ini untuk kepastian. Sekiranya saham Ecoworld menepati kesemua kriteria yang ditetapkan oleh CANSLIM, maka saham ini adalah saham yang baik. Satu perkara menarik di sini adalah saham ini berada di bawah nilai sebenar (undervalue). Ia adalah kerana sektor pembinaan dan hartanah masih belum kembali ke paras asal sebelum Covid-19.

Ecoworld dilihat sebagai saham yang baik untuk diperam dan sesuai untuk pelabur long term. Para pelabur yang bersabar sudah pasti akan mendapat pulangan yang baik di masa hadapan. Tak mampu beli rumah Ecoworld, apa kata kita beli saja saham Ecoworld.

Siapa tahu pulangan keuntungan daripada saham Ecoworld membolehkan kita membeli rumah di Ecoworld pula satu hari nanti.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi,mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM


Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB

Related Posts

Kajian CANSLIM Ke Atas Syarikat INARI
Fundamental Analisis

Kajian CANSLIM Ke Atas Syarikat INARI

02/03/2021
Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Unit KLCC Stapled Group (Edisi: 2021)
Fundamental Analisis

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Unit KLCC Stapled Group (Edisi: 2021)

01/03/2021
Ulasan Quarter Report Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB)
Fundamental Analisis

Ulasan Quarter Report Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB)

01/03/2021
Ambil Tahu 10 Perkara ini Sebelum Nak Melabur Saham Time Dotcom Berhad (Edisi: 2021)
Fundamental Analisis

Ambil Tahu 10 Perkara ini Sebelum Nak Melabur Saham Time Dotcom Berhad (Edisi: 2021)

26/02/2021
10 Fakta Menarik Tentang Pentamaster Yang Anda Kena Tahu
Trading Idea

10 Fakta Menarik Tentang Pentamaster Yang Anda Kena Tahu

25/02/2021
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?