• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham FGV Jadi Tumpuan Ekoran Cadangan Pengambilalihan Oleh Felda

in Catalyst
A A
Saham FGV Jadi Tumpuan Ekoran Cadangan Pengambilalihan Oleh Felda

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Saham-saham FGV Holdings Bhd menjadi tumpuan hari ini berikutan pengumuman Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang bercadang untuk mengambil alih FGV pada RM1.30 sesaham atau 2.3 peratus melebihi harga penutup RM1.27 pada Isnin.

Dagangan saham perladangan itu yang disambung pada pagi ini selepas digantung mulai jam 4.15 petang semalam, menyaksikan sahamnya susut dua sen kepada RM1.25 setakat jam 10 pagi ini.

Semalam, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) berkata Felda akan meningkatkan pegangannya dalam FGV sebanyak 13.9 peratus kepada 35.12 peratus selain cadangan pengambilalihan pada RM1.30 sesaham.

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

Menurutnya, Felda telah memeterai perjanjian belian saham bersyarat dengan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd bagi pembelian 506.19 juta saham FGV pada jumlah kolektif RM658 juta atau RM1.30 sesaham.

Apabila cadangan pengambilalihan itu selesai, Felda berserta pihak yang berkepentingan sama (PAC) akan secara kolektif memegang lebih daripada 50 peratus saham-saham FGV.

Maybank IB adalah penasihat prinsipal Felda bagi cadangan-cadangan terbabit.

Sementara itu, dalam nota penyelidikannya, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd menyifatkan langkah itu berkemungkinan cara berkesan untuk Felda menyatukan serta menstruktur semula aset-asetnya selain menjadi pilihan lebih murah berbanding tindakan membatalkan perjanjian pajakan tanah dengan FGV.

“Kami melihat ini sebagai ‘neutral’ untuk pemegang saham FGV,” katanya.

Ia turut mengekalkan saranan ‘pegang’ terhadap saham-saham FGV dengan harga sasaran lebih rendah pada RM1.30.

— BERNAMA

Share242ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

3 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

3 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In