KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Saham AirAsia Group Bhd meningkat semasa sesi dagangan pagi hari ini susulan syarikat penerbangan tambang rendah itu dilaporkan telah memperoleh pinjaman untuk menyokong pelan pengumpulan modal yang sedang dilaksanakannya.
Reuters, memetik sumber, melaporkan pinjaman bernilai RM300 juta yang dikeluarkan oleh Sabah Development Bank Bhd akan membantu syarikat penerbangan tersebut mengharungi tempoh sukar selama dua bulan, membiayai operasi tempatan.
Ini berikutan berlakunya peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19 yang akan terus menjejaskan sektor perjalanan udara bagi tempoh yang lebih lama.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Riad Asmat berkata pinjaman itu merupakan sebahagian langkah pengumpulan modal kumpulan.
AirAsia Bhd merupakan unit Malaysia bagi kumpulan itu.
“Kami gembira dengan kemajuan itu,” katanya.
Setakat 10.57 pagi, saham AirAsia menambah dua sen atau 3.60 peratus kepada 57.5 sen dengan 9.48 juta saham bertukar tangan.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards